Sejak bila Mandarin jadi bahasa rasmi di Perak?

0
56

 

Oleh AMREE AHMAD

 

ANEH… Belum habis negara gempar dengan penggunaan bahasa WeeChat pada kain rentang sebuah agensi kerajaan negeri selain gegantung iklan promosi pusat latihan belia dalam bahasa Mandarin di sekitar Perak, kali ini maruah bahasa Melayu terus lagi ‘dianaktirikan’ di negeri itu,

Terbaharu tular dalam kalangan pengguna media sosial dengan hebahan iklan seorang Exco kerajaan negeri yang guna bahasa Mandarin hanya untuk memaklumkan penerbangan baharu bakal beroperasi pada 1 Oktober depan antara Subang, Selangor ke Ipoh dan Pulau Pangkor.

Meskipun ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing itu turut paparkan bahasa Melayu dan Inggeris, timbul persoalan kenapa bahasa Mandarin perlu digunakan bersama-sama yang seolah-olah ia sudah ‘diangkat’ pula sebagai bahasa rasmi negara jika tidak pun bahasa rasmi warga Perak!

Mungkin niat baik Pengerusi Jawatankuasa Pelancngan, Kesenian dan Kebudayaan Perak itu untuk memudahkan mereka yang tidak faham bahasa kebangsaan terutamanya masyarakat Tionghua berusia lanjut, tetapi alasan ini agak tidak logik kerana Malaysia sudah lama merdeka.

Apakah dalam tempoh 61 tahun kemerdekaan, masih ada kaum minoriti Cina terutama generasi muda yang belajar secara formal bahasa Melayu di sekolah sejak kecil, tetapi tidak fasih cakap Melayu lagi dan konon perlu ‘sari kata’ tersendiri untuk golongan mereka sahaja berkomunikasi?

Atau adakah ini sebenarnya secara tersirat membuktikan etnik asal pendatang dari Tanah Besar China itu sudah ‘angkuh berlagak besar’ kerana kekuatan ekonomi kaum tersebut di Malaysia sehingga wajib ada penggunaan bahasa mereka sendiri dalam urusan promosi hebahan awam.

Hakikatnya, bangsa itu sepatutnya bersyukur jika hendak dibandingkan nasib saudara mereka di Indonesia, Thailand atau Filipina yang bukan sahaja mampu bertutur bahasa kebangsaan di negara terbabit dengan fasih, malah anak muda Cina di sana ‘malu’ bercakap bahasa Mandarin.

Mereka lebih selesa asimilasi dengan budaya penduduk pribumi waima apabila bertemu sesama sendiri juga bersembang pun dalam bahasa rasmi negara itu. Ini jauh berbeza dengan kaum Cina di Malaysia yang tahap jati dirinya amat rasis bahkan lebih China daripada di China sendiri.

Bayangkanlah mereka ‘dabik dada’ bangga memiliki lebih 50 akhbar berbahasa Cina di seluruh negara selain tujuh stesen radio di samping puluhan saluran TV berbayar yang gah guna bahasa tersebut, maka apa lagi sebenarnya yang masih tidak cukup untuk puas hati kaum berkenaan.

Keadaan ini bukan isu baharu dan ia lebih ketara sejak tampuk rejim pemerintahan negara bertukar kepada Pakatan Harapan yang diketahui kuat disokong pengundi Cina sehingga mampu jadi bidak percaturan politik arus perdana dengan pelbagai tuntutan berbaur perkauman.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here