Rahman Hassan meninggal dunia

Rahman Hassan meninggal dunia
IMAM Surau Al Muhajirin, Muhamad Safri Abu Talib mengimamkan solat jenazah Allahyarham Datuk A Rahman Hassan yang meninggal dunia awal pagi tadi akibat komplikasi paru-paru berair di kediamannya di Taman Sri Ukay hari ini. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang pada pukul 12.40 pagi tadi. Allahyarham yang juga vokalis kumpulan Orkes Nirwana yang popular dengan lagu ‘Tak Mengapa’ dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat di sini, selepas solat Zuhur, hari ini. — fotoBERNAMA 

 

 

KUALA LUMPUR — Penyanyi era 1960-an Datuk A. Rahman Hassan, 73, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, tengah malam tadi, akibat komplikasi paru-paru berair.

Menantunya, Siti Jasmina Ibrahim (isteri kepada Khir Rahman) berkata bapa mentuanya meninggal dunia pada 12.40 tengah malam.

“Assalammualaikum, bapa mentua saya Datuk A. Rahman Hassan telah kembali ke Rahmatullah pada jam 12.40 pagi tadi (Khamis) di Hospital Ampang.

“Abah (A. Rahman) pergi dengan tenang…Alhamdulillah, semua dipermudahkan…semoga rohnya dalam kasih sayang Allah, al-Fatihah,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya.

Sementara itu, di akaun Instagram rasmi Persatuan Seniman Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga A. Rahman dan mendoakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan di syurga.

Menerusi catatan persatuan berkenaan, arwah meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru berair.

Allahyarham yang juga vokalis kumpulan Orkes Nirwana yang popular dengan lagu ‘Tak Mengapa’ dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat di sini, selepas solat Zuhur, hari ini.

Pada Isnin lepas, Allahyarham yang terkenal  dengan dendangan lagu-lagu berentak pop yeh yeh, dikejarkan ke hospital selepas pitam di sebuah stesen minyak di Ampang sebelum dihantar ke Hospital Ampang menaiki ambulans.

— BERNAMA
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.