Zakat TH sebanyak RM8.55 juta bantu asnaf Wilayah Persekutuan

0
22

BANGI – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM8,554,863.53 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof menerima bayaran Zakat TH ini daripada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Sri Zukri Samat.

Bayaran zakat bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini mencatatkan peningkatan sebanyak 25.1% berbanding tahun 2017 (RM6,837,980.09).

“Setiap tahun, TH melaksanakan bayaran zakat yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab TH sebagai sebuah organisasi Islam dengan sasaran untuk memperkasakan kewangan Islam dan pembangunan sosio-ekonomi ummah terutama bagi golongan asnaf’, kata  Zukri.

TH berharap pembayaran zakat ini dapat dimanfaatkan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) ke arah kemapanan program-program zakat yang dirangka di negeri ini bagi kelestarian ekonomi golongan asnaf, tambahnya lagi.

Jumlah keseluruhan bayaran Zakat TH 2018 terus mencatatkan peningkatan sebanyak 26.6% (RM85.57 juta) berbanding tahun 2017 (RM67.61 juta).

Pada tahun ini, TH memperkasakan lagi tanggungjawabnya dengan pelaksanaan program zakat yang disasarkan kepada golongan yang memerlukan melalui pengagihan untuk tujuan pendidikan, keusahawanan, kebajikan dan kemasyarakatan.

Turut hadir pada majlis tersebut termasuk Pengerusi PPZ – MAIWP  Datuk Haji Che Mat Che Ali, Ketua Pegawai Eksekutif  PPZ – MAIWP Haji Ahmad Shukri Yusoff dan Timbalan Pengarah TH Wilayah Persekutuan Haji Mohd Hanifah Kamarudin.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here