Ahmad Dhani dipenjara setahun

Ahmad Dhani dipenjara setahun
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

PENYANYI dan pemuzik terkenal Indonesia Ahmad Dhani, 47  dijatuhi bukuman penjara selama setahun oleh sebuah mahkamah di Surabaya, Jawa Timur kelmarin (11 Jun 2019).

Ahmad Dhani Prasetyo didapati bersalah melakukan perkara yang boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat berbilang bangsa di Indonesia berkaitan isu suku, agama dan ras dalam laman Vblognya.

Ini merupakan hukuman kedua terhadap Ahmad Dhani dalam tempoh enam bulan berkaitan kesalahan melakukan kesalahan di Internet dan laman sosial.

Sebuah mahkamah di Jakarta Selatan  pada 28 Januari lalu menjatuhkan  hukuman penjara satu tahun enam bulan  kerana membuat ungkapan kebencian berkaitan isu suku, agama dan ras (sara) dalam akaun Twitter miliknya @Ahmaddhaniprasetyo.

Bagi menjalani pendakwaan di Surabaya, Ahmad Dhani  dipindahkan dari penjara di Jakarta ke sebuah penjara di daerah Surabaya.

Ahmad Dhani akan kekal di penjara berkenaan selepas hukuman diputuskan kelmarin.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.