Gugatan pilihan raya presiden 2019 : Prabowo dakwa Jokowi menang secara menipu

0
1

 

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

PERBICARAAN membabitkan gugatan pasangan Prabowo Subianto-Sandiaga Satriya Uno  terhadap keputusan Pilihan raya Presiden Indonesia 2019-2024  di Mahkamah Perlembagaan (mahkamah konstitusi) , Jakarta Pusat bermula hari ini.

Pasangan calon Presiden itu meminta agar kemenangan Joko Widodo (Jokowi)-Ma’ruf Amin dibatalkan dan pilihan raya presiden  Republik Indonesia (2019-2024) perlu diadakan semula.

Pasukan peguam Subianto- Sandiaga Uno menyatakan Jokowi  menggunakan kuasa Presiden untuk mempengaruhi kelancaran proses pemilihan dalam kalangan rakyat.

Sebagai langkah keselamatan, pihak polis mengadakan kawalan rapi di luar bangunan mahkamah termasuk menempatkan ratusan polis anti-rusuhan dan pengadang besi serta jeriji dan menutup sebahagian alan di Jakarta Pusat.

Gugatan pasangan Prasityo dan Uno dikemukakan oleh pasukan peguamnya didapan hakim. Bagaimanapun pasangan ini tidak hadir di mahkamah.

Pasangan Prasityo- Uno membantah keputusan yang dikeluar oleh Suruhanjaya Pilihan raya Indonesia yang mengumumkan pasangan Joko Widodo- Ma’ruf Amin menang dengan keputusan 55.5 peratus (85,607,362)

Sedangkan dalam gugatannya pasangan  Prasityo- Uno mendakwa memperoleh kemenangan 52 peratus daripada  132.223408 undi.

Pasangan ini mendakwa pasangan  Jokowi  menggunakan kependudukan sebagai Ketua Negara (Presiden) bagi  mempengaruhi kelancaran rakyat untuk membuang undi secara adil.

Pasukan peguam itu mendakwa di beberapa kawasan jumlah undi berpihak kepada pasangan Prabowo-Uno  tetapi perkara  sebaliknya yang berlaku.

Prabowo Subianto merupakan seorang ahli politik yang mempunyai impian besar. Bekas jenderal tentera dan menantu Presiden Soeharto ini melawan Jokowi bagi kali kedua setelah gagal dalam percubaan pertama lima tahun lalu.

Jika percubaan kali ini masih gagal membatalkan kemenangan Joko Widodo, Prabowo Subianto yang merupakan bekas pegawai  TNI berpangkat  jenderal ini dijangka sukar bertanding dalam pemilihan akan datang kerana usianya kini 67 tahun.

Pemilihan Presiden Indonesia 2019 merupakan kali pertama dijalankan secara serentak dengan pemilihan kerajaan negeri (wilayah) dan daerah.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here