Konsultasi Rakyat PTPTN berakhir

0
48

KUALA LUMPUR — Peluang orang ramai menyertai Konsultasi Rakyat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang boleh diakses di portal rasminya berakhir malam tadi.

Konsultasi itu yang ditutup pada pukul 11.59 malam tadi, membuka peluang kepada rakyat negara memberikan maklum balas mengenai hutang pinjaman pelajar yang tinggi dan kian bertambah sehingga memberi kesan kepada negara, serta usaha memastikan peminjam tidak terlalu dibebani melalui skim bayaran balik pinjaman yang lebih berpatutan.

“Rakyat berperanan membantu Kabinet membuat keputusan mengenai skim bayaran balik yang lebih mampu tanpa menghalang akses pelajar untuk mendapatkan pinjaman pada masa depan, mengancam kelangsungan PTPTN dalam memenuhi kepentingan generasi akan datang, atau menyebabkan kekangan terhadap kewangan nasional,” kata Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataannya sebelum ini.

Beliau pernah berkata, bahawa walaupun ia mencabar, namun persetujuan boleh dicapai untuk maju ke hadapan dengan penyelesaian yang terbaik.

Rakyat bukanlah terdiri daripada kumpulan orang awam sahaja, tetapi terdiri daripada pelbagai segmen rakyat yang mempunyai keperluan dan kehendak yang berbeza. Sama ada anda peminjam semasa, peminjam masa depan, ibu bapa, pembayar cukai, NGO, dan sebagainya, anda hanya boleh diwakili jika anda memilih untuk melibatkan diri.”kata beliau.

PTPTN juga memerlukan sekitar RM3 bilion setahun untuk memberikan pinjaman kepada kira-kira 180,000 pemohon baharu.

Berdasarkan anggaran PTPTN, setiap kekurangan RM70 juta berpotensi menafikan 10,000 pemohon baharu daripada mendapatkan pinjaman.

Konsultasi Rakyat yang dilancarkan pada 16 Mei telah disokong lagi dengan anjuran beberapa sesi libat urus (townhall) di lima negeri untuk mengumpul maklum balas, meningkatkan pemahaman tentang fakta-fakta utama dan menjawab sebarang pertanyaan.

Sehingga 10 Jun 2019, 24,918 maklum balas telah diterima daripada 239,335 pengunjung portal rasmi tersebut.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here