Robby Sugara, pelakon veteran Indonesia meninggal dunia

0
5

 

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

DUNIA perfileman Indonesia kehilangan seorang pelakon veteran terkenal, Robby Sugara, 68.

Pelakon dengan nama lengkapnya Robert Kaihena Sugara,lahir di Malang, Jawa Timur pada  20 Julai 1950 ini meninggal dunia di sebuah hospital di Jakarta Timur kira- kira jam 12.10 pagi semalam (Khamis). Robby meninggal akibat sakit jantung.

Pelakon yang berasal dari Malang, Jawa Timur dan mempunyai kacukan Jawa, Madura dan Belanda ini meninggalkan seorang isteri Bertha Sumages dan tujuh anak.

Robby merupakan salah seorang pelakon kacak Indonesia dan banyak memegang peranan romantik dan mempunyai adegan ‘berani’.  Beliau sering berpasangan dengan beberapa pelakon terkenal Indonesia sezamannya seperti Tanty Yosepha, Yenny Rachman dan Yati Octavia.

Ketika zaman kemuncaknya Robby merupakan salah satu daripada lima pelakon lelaki yang mendapat bayaran tertinggi dan dikenali sebagai ‘The Big Five’.

Sepanjang penglibtannya dalam filem sejak tahun 1975 melalui filem ‘Rahasia Perawan’ dan terakhir  filem ‘3 Dara 2’ , Robby Sugara membintangi sejumlah 45 buah filem, iatu satu jmlah yang cukup besar bagi seorang pelakon filem di Indonesia.

Bagi masyarakat veteran di Malaysia pasti ramai yang mengenali Robby Sugara melalui filem-filemnya seperti ‘Rahasia Perawan’, ‘Ranjang Siang Ranjang Malam’, ‘Akibat Pergaulan Bebas’, ‘Perempuan Tanpa Dosa’, ‘Kabut Sutra Unggu’ dan ‘Ratapan Anak Tiri 3’.

Malaysia pernah kebanjiran filem dari Indonesia sekitar tahun 70-an dan 80-an.

Setelah era perfileman Indonesia menghadapi zaman suram, Robby beralih kepada lakonan drama TV atau telefilem.

Jenazah Robby Sugara  disemadi  di  Jakarta Timur hari ini.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here