TM sahkan kunjungan SPRM

TM sahkan kunjungan SPRM

TELEKOM Malaysia (TM) mengesahkan menerima kunjungan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Bagaimanapun, tidak jelas tujuan kunjungan itu selain bagi mengumpul maklumat.

“TM mengulangi komitmen tegas untuk mempertahankan integriti, pentadbiran dan ketelusan, tanpa toleransi terhadap salah laku dan amalan yang luar dari kebiasaan bagi rakan kerjasama, kontraktor atau kakitangan kami.

“Berhubung perkara ini, kami mengesahkan kunjungan SPRM di ibu pejabat (semalam) untuk mencari maklumat tertentu.

“Kami akan terus memberi kerjasama kepada SPRM,” kata TM dalam kenyataan semalam.

SPRM setakat ini belum menjawab pertanyaan Malaysiakini berhubung operasi semalam. Cubaan untuk mendapatkan penjelasan dari TM sedang dibuat.

Kunjungan SPRM ke ibu pejabat TM berlaku pada hari sama Noor Kamarul Anuar Nuruddin dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO), pengarah urusan, dan pengarah eksekutif baru.

https://www.malaysiakini.com/news/479600

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.