Seloka Ria Raya: Mudah.my bergandingan dengan pelajar UiTM promosi tradisi pantun

0
1

BERSEMPENA Raya, Mudah.my, Pasaran Terbesar Malaysia, baru-baru ini telah  bekerjasama  dengan  pelajar  Universiti  Teknologi  MARA  (UiTM)  untuk  menghidupkan  semula tradisi berpantun, sejenis ungkapan puisi tradisional Melayu, semasa musim perayaan.

Pasaran dalam talian ini berkerjasama dengan Fakulti Pengiklanan UiTM untuk menganjurkan Pertandingan #PantunRayaMudah, di mana 20 pelajar telah dipilih untuk bertarung bagi merebut hadiah utama bernilai RM400.

Setiap peserta dikehendaki berkongsi ‘pengalaman Raya terbaik’ mereka menggunakan format pantun 4-kerat dan menyampaikan persembahan pantun mereka melalui profil media sosial masing-masing.

Peraduan ini diterapkan sebagai sebahagian daripada tugasan dalam kelas di  bawah  sukatan  pelajaran fakulti  untuk  semester,  di  mana  pelajar  dikreditkan  untuk  penyerahan mereka.

Ia juga bertujuan memulihkan seni warisan dalam kalangan generasi muda dan menggalakkan mereka untuk terus memberikan inspirasi serta mendapat inspirasi daripada warisan tempatan mereka.

Pasaran dalam talian ini memilih untuk bekerjasama dengan Fakulti Pengiklanan, khususnya untuk memupuk pemikiran kreatif, satu kemahiran penting untuk berjaya dalam industri pengiklanan.

“Idea  untuk  menganjurkan  pertandingan  pantun  lahir  apabila  kami  membincangkan  cara  untuk meraikan musim Raya sambil berhubung dengan golongan muda melalui cara yang bermakna. Kami memilih untuk mempromosikan satu bentuk seni tradisional sebagai cara untuk mengekalkan dan memulihkan identiti budaya kami. Mudah-mudahan, generasi muda akan mendapat inspirasi untuk menggunakan pengalaman ini bagi mencipta kerja yang berkesan dalam industri kreatif selepas menamatkan kolej,” kata Andrew Pinto, Ketua Pemasaran, Mudah.my.

Pelajar berusia 22 tahun Muhammad Harith Dannial Zaharin dinobatkan sebagai pemenang  pertandingan  ini  selepas  mendapat  sokongan  para hakim  untuk  “Pantun  Pertamaku”.

Menurut  Muhammad  Harith,  pantun  4-keratnya  diilhamkan  oleh  kenangan  menyambut  Raya  di kampung halamannya, di mana arwah datuk dan neneknya akan memasak rendang buatan sendiri di dapur.

Peraduan ini terdiri daripada satu pusingan pengadilan profesional oleh panel pensyarah UiTM, diikuti dengan pengundian awam ke atas video-video peserta di laman Facebook Mudah.my.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here