Pengeluar simen perlu perjelas kenaikan harga

"Kita nak tahu adakah kenaikan ini berpunca daripada impak monopoli apabila syarikat terbabit mengawal 85 peratus pasaran simen negara, selain ia hanya menggunakan bahan tempatan."

Pengeluar simen perlu perjelas kenaikan harga

GEORGE TOWN — Syarikat pengeluar simen terbesar di Malaysia digesa mengemukakan alasan susulan tindakan mereka menaikkan harga barangan itu di seluruh negara antara 40 hingg 50 peratus.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata ia berikutan kenaikan harga terbabit turut mengakibatkan kesan rantaian kepada pelbagai industri lain, khususnya syarikat pemaju perumahan.

Katanya, aduan mengenai kenaikan itu sudah pun dikemukakan kepada Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen, selain pertemuan bagi membincangkan isu terbabit dijangka dibuat minggu depan.

“Kita nak tahu adakah kenaikan ini berpunca daripada impak monopoli apabila syarikat terbabit mengawal 85 peratus pasaran simen negara, selain ia hanya menggunakan bahan tempatan.

“Perkara ini perlu diambil berat dan perhatian serius oleh kerajaan kerana ia hanya memberi keuntungan besar kepada satu atau dua syarikat, sebaliknya memusnahkan lebih banyak industri dan ekonomi negara,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia ( REHDA) negeri, Datuk Toh Chin Leong dan Pengerusi Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) negeri, Datuk Dr Ooi Eng Hock.

Sementara itu, Eng Hock berkata, kenaikan harga simen itu memberi kesan terhadap peningkatan antara 15 hingga 20 peratus kos pembinaan rumah, selain turut menjejaskan harga jualan kediaman kepada orang ramai.

“Kita tidak pasti apa sebab disebalik kenaikan harga simen ini. Tambahan, simen dijual dengan harga RM9 per meter padu (m3) ketika nilai mata wang negara sedang jatuh pada paras RM4.40 bagi USD$1

“Bagaimanapun, kini simen dijual sehingga RM16 per m3, sedangkan nilai mata wang negara sudah semakin kukuh. Ini antara lain akan menjejaskan harga jualan rumah mampu milik di negara ini,” katanya.

-Berita Harian

 

Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.