‘Baca kitab bagus, tapi usah rasa diri sendiri saja betul’

0
2
ANIS Syafiqah Md Yusof / Foto Malaysiakini

 

KENYATAAN Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai pengundi muda yang memenangkan PH baru-baru ini boleh dilihat dari sudut positif, kata seorang aktivis pelajar.

Menurut Anis Syafiqah Md Yusof ada kemungkinan Abdul Hadi sebenarnya mahu memberi mesej agar anak muda banyak membaca kitab.

“Dari sudut pandang yang optimis, mungkin beliau ingin menggalakkan anak muda membaca kitab dan ia perkara yang bagus,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Namun ia tidaklah muktamad sebegitu.

Kata Anis Syafiqah seseorang yang membaca kitab juga tidak seharusnya berasa hanya diri mereka saja yang betul atau berada di pihak yang benar.

“Orang yang banyak membaca kitab juga sepatutnya bijak membaca keadaan semasa dan tak akan berasakan hanya dirinya yang betul.

Pada 15 Jun lalu, sewaktu berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS, Abdul Hadi menyifatkan 30 peratus anak muda yang mengundi PH pada PRU lalu sebagai kekurangan ilmu agama sehingga gagal memahami Islam mengikut makna sebenar.

Menurut anggota parlimen Marang itu lagi, anak muda terbabit tidak mengaji kitab agama sebaliknya ‘mengaji’ dengan telefon bimbit, Facebook dan WhatsApp.

Justeru kata Abdul Hadi mereka melakukan kesilapan apabila menumbangkan BN dan mengundang kemudaratan besar kerana memilih PH.

Susulan kenyataan Abdul Hadi itu, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari sebaliknya memuji anak muda Malaysia yang membaca “kitab yang betul”.

Dengan tindakan mereka itu, kata Adly, pengundi muda terbabit membuat keputusan yang betul dengan menolak rasuah serta kerajaan kleptokrat pada Mei tahun lalu.

Meskipun tidak merujuk kenyataan itu secara khusus kepada ucapan Abdul Hadi, Adly pada masa sama berkata, beliau musykilnya jika memang ada kitab yang menyarankan orang ramai menyokong golongan kleptokrat.

Sementara itu, seorang lagi aktivis pelajar, Asheeq Ali Sethi Alivi, meminta Abdul Hadi tidak menggunakan agama untuk kepentingan partinya.

Asheeq Ali berkata kenyataan Abdul Hadi itu bersifat terlalu umum dan boleh anggap menjijikkan.

“Sudah-sudahlah mengukum orang hanya kerana mereka bukan ahli PAS atau Umno. Itu tindakan yang jijik,” katanya.

http://bit.do/eVgxE
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here