Bank Negara lantik Aznan Abdul Aziz sebagai penolong gabenor

Bank Negara lantik Aznan Abdul Aziz sebagai penolong gabenor
Gambar:NSTP/EMAIL

 

 

KUALA LUMPUR — Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Aznan Abdul Aziz sebagai Penolong Gabenor yang baharu, berkuat kuasa 1 Julai, 2019.

Dalam kenyataan di sini, bank pusat itu berkata Aznan bertanggungjawab ke atas Pengawasan Pembayaran, Pengawalseliaan Konglomerat Kewangan, Pengawalseliaan Perbankan serta Pengawalseliaan Insurans dan Takaful serta Jabatan Risiko dan Jabatan Penyeliaan Teknologi.

Beliau sebelum ini berkhidmat di beberapa jabatan di BNM.

Ini termasuk Penyeliaan Konglomerat Kewangan, Pejabat Gabenor, Perbankan Islam dan Takaful, Pemantauan Kewangan, Pembangunan Sektor Kewangan, Perisikan Kewangan dan Jabatan Kawal Aturan Bank, katanya.

Aznan ialah lulusan Ekonomi dan Perakaunan dari University of Bristol, United Kingdom.

— BERNAMA
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.