Pelacuran online: Vanessa Angel dihukum 6 bulan penjara

0
3
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SELEBRITI Vanessa Angel, 27, dijatuhi hukuman penjara 6 bulan oleh Mahkamah Negeri Jawa Timur di Surabaya semalam kerana terbabit dalam kegiatan pelacuran online.

Pelakon. model dan penyanyi ini ditahan oleh Polis Daerah Jawa Timur pada 30 Januari lalu.

Vanessa mengalami situasi kemurungan sepanjang menjalani masa tahanan di rumah tahanan sepanjang lima bulan lalu. Dan dia mengharapkan dapat dibebaskan semalam, tetapi perkara sebaiknya berlaku.

Kekecewaannya dapat dilihat apabila enggan melayani soalan pihak media setelah keputusan diumumkan.

Vanessa sedang menjalani perbicaraan.

Namun menurut peguam, Vanessa akan mengemukakan rayuan.

Semalam tiga selebriti Indonesia menjalani persidangan dan dijatuhi hukuman.

Pelakon Kriss Hatta dijatuhi hukuman 4 tahun penjara kerana memalsukan sijil pernikahannya dengan seorang pelakon Hilda Fitria.

Seorang lagi pelakon, Steven Emmanuel dijatuhi hukuman penjara 13 tahun kerana memiliki dadah kokain seberat 92.04 gram ketika ditahan pada 21 Disember 2018.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here