Heboh di Tasik Malaya: pasangan suami isteri benarkan kanak-kanak tonton  aksi seks mereka dengan bayaran Rp5 ribu (RM1.46)

0
2
PASANGAN suami isteri ini ketika disoal siasat di ibu pejabat polis Tasik Malaya, Jawa Barat.

 

 Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SATU pasangan suami isteri membuat heboh terhadap  penduduk  Saung Kebun, Tasik Malaya, Jawa Barat, Indonesia  apabila menawarkan tontonan aksi seks mereka terhadap kanak-kanak yang berusia 12 tahun dengan mengenakan bayaran serendah Rp5 ribu  (RM1.46) sahaja.

Kanak-kanak sekitar kampung itu dibenar menyaksi adegan seks mereka melalui tingkap bilik yang sengaja dibuka.

Rumah sementara mereka terletak agak terpencil di kampung itu. Kedua-duanya bekerja sebagai petani dan menawarkan perkhidmatan itu kepada kanak-kanak bagi mendapat  pendapatan tambahan (untuk kopi dan rokok kata mereka).

Kejadian turut berlaku ketika bulan Ramadan lalu dan melibatkan enam kanak-kanak berusia 12 tahun.

Kejadian itu terbongkar apabila salah seorang kanak-kanak itu memberitahu kepada guru agamanya. Namun tiada rakan gambar atau video diambil, mengikut laporan kanak-kanak itu.

Susulan laporan daripada guru agama itu, Komisi Anak Indonesia Daerah (KPAID) Kabupaten Tasik Malaya menjalankan siasatan dan membuat laporan ke ibu pejabat polis Tasik Malaya.

Pihak polis menahan pasangan suami isteri dikenali sebagai ES dan LA, masing-masing berusia 24 tahun semalam (18 Jun).  Pasangan ini mengaku terbabit  setelah soal siasat dijalankan. Sebelumnya mereka sempat melarikan diri  dari kampung tersebut.

Pasangan itu mendakwa melakukan kegiatan sumbang itu sejak sebulan sebelum menjadi dalam kalangan penduduk.  Mereka turut mendakwa jumlah kanak-kanak yang pernah menonton aksi ranjang mereka lebih daripada enam orang.

Pasangan suami ini akan didakwa di bawah undang-undang pornografi yang membawa hukuman sehingga 10 tahun penjara.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here