Pihak berwajib memandang kami lebih sikit daripada binatang – Tok Batin

“Kami hanya mahukan supaya kami dilayan seperti manusia.”

Pihak berwajib memandang kami lebih sikit daripada binatang – Tok Batin
MASYARAKAT Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh terpaksa berpindah ke khemah kawasan hutan apabila cuaca panas dan jangkitan wabak penyakit. STR/RAMLI IBRAHIM

 

 

KEDATANGAN polis pada 7 Jun lalu hanya untuk mengambil dua mayat. Mereka tidak berminat tentang beberapa kematian sebelum itu.

Itulah luahan Tok Batin Pos Aring, Raini Anjang, 47 kepada wartawan NST yang melakukan tinjauan ke kawasan tersebut baru-baru ini.

“Kami hanya mahukan supaya kami dilayan seperti manusia,” kata beliau.

Menurut Raini kadar imunisasi dalam kalangan penduduk kampung hanya sekitar 50 peratus kerana mereka kurang yakin dengan apa yang dilakukan oleh pihak berwajib berdasarkan pengalaman sebelum ini.

Beliau mendakwa jururawat daripada Jabatan Kesihatan Negeri mencemuh mereka dan memerikan layanan yang kurang baik, dan itulah sebabnya mereka memencilkan diri.

Klinik bergerak jabatan berkenaan dikatakan sepatutnya datang ke kampung tersebut sebulan sekali, tetapi jadual sebenar tidak konsisten.

Apabila ditanya kenapa mereka tidak memanjangkan isu itu kepada pihak Jabatan Orang Asli (JAKOA), mereka berkata jabatan tersebut ‘sama saja.’

“Kami mahukan supaya Timbalan Perdana Menteri memberikan kami hak asas, seperti bekalan air, elektrik, pemeriksaan kesihatan dan pendidikan.

Raina Anjang pada sesi temuramah bersama wartawan di pusat beli-belah Mid Valley. NSTP/HAFIZ SOHAIMI.

“Kami juga mahukan supaya Tok Batin Kuala Koh diiktiraf oleh JAKOA kerana kampung tersebut hanya terletak dua jam perjalanan dengan kereta atau lebih kurang sehari jika berjalan kaki.

Beliau berkata sebagai Tok Batin dia tidak berdaya menjaga dua kampung.

Menurut Riani alasan yang diberikan oleh JAKOA dalam hal ini kerana mereka “tidak dapat berkomunikasi.”

Inilah antara luahan penduduk Pos Kuala Koh yang kini fokus isu wabak campak yang setakat ini dikatakan menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang maut.

Semalam empat wakil kaum Bateq mengembara lebih 400km dari kampung mereka ke Putrajaya untuk bertemu dan berbincang dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah.

Laporan tentang kematian dalam kalangan masyarakat Bateq timbul pada hari-hari ketika umat Islam menyambut Aidil Fitri baru-baru ini.

Terdahulu punca penyakit dan kematian dikatakan kerana sumber air dari sungai berdekatan telah tercemar berikutan aktiviti perlombongan.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.