Mas kahwin mahal di Sulawesi jadi  tular (viral)

0
90
 Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

MAS kahwin bernilai Rp 500 juta ( sekitar RM146,000) menjadi tular (viral) di Sulawesi, Indonesia  kerana ia dianggap jumlah yang cukup tinggi.

Irmayani Barung seorang notaris (notari awam) dari Emrekang, Sulawesi Selatan disunting oleh seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Rama dari daerah Soppeng dalam wilayah yang sama dengan jumlah mas kahwin tersebut dalam bentuk cek tunai.

Perkara itu didedah melalui Brilio.net Jumaat lalu (15 Jun).

Irmayani Barung

Kelihatan  pada cek sebuah bank yang menjadi mahar pernikahan (mas kahwin)  tertera tulisan  Rp500 juta.

Rama turut memberi sebidang tanah dan seekor kuda kepada Irmayani. Ia dianggap sebagai hantaran yang berharga bagi penduduk Sulawesi.

Di Sulawesi sudah menjadi kebiasaan  bagi golongan berada menawarkan mas kahwin dan barang hantaran bernilai tinggi. Malah ada golongan kaya mengeluarkan perbelanjaan besar semata-mata untuk mendapatkan isteri berusia belasan tahun.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here