Menteri Masih Tak Puas Hati: Penerima Sasterawan Negara ke-14 Belum Diumumkan?

0
53
Oleh ZAINI HASSAN

 

KHABARNYA sudah beberapa bulan panel yang membuat pilihan bagi menamakan Sasterawan Negara ke-14 telah bersidang.

Menurut sumber DBP panel ini sudah pun memutuskan siapa penerimanya.

Adalah dipercayai Menteri Pelajaran yang bertanggungjawab ke atas DBP tidak puas hati dengan keputusan itu.

Beliau mengarahkan DBP meminta pandangan beberapa orang tokoh luar untuk memberikan input.

Beberapa nama telah disebutkan sebagai calon penerima, termasuk seorang wanita.

Khabarnya kebanyakan nama-nama yang tersenarai tidak mencapai standard yang tinggi yang diharapkan oleh Menteri.

Oleh kerana pencalonan itu dibuat oleh pelbagai pihak dan individu, maka hasilnya seperti ‘tangkap muat’ atau dibuat atas dasar memenangkan kroni dan kelompok.

Banyak mahu anugerah ini dipertahankan nama baiknya.

Ini bukan sebarang anugerah, ia merupakan anugerah tertinggi sastera seperti juga Tokoh Wartawan Negara untuk wartawan dan Seniman Negara untuk Kebudayaan.

Khabarnya banyak pihak tidak begitu bersetuju dengan pemilihan tokoh Sasterawan Negara sebelum ini.

Mungkin anugerah itu diberikan pada seorang wanita bagi mengisi kuota wanita.

Sebelum ini belum ada tokoh wanita yang menerima anugerah itu walaupun terdapat nama-nama besar seperti Salmi Manja, Salmah Mohsin, Adibah Amin, Zaharah Nawawi, Khatijah Hashim dan lain-lain.

Banyak pihak mahukan prestij Anugerah Sasterawan Negara dikekalkan.

Sistem kuota kaum atau gender tidak patut jadi ukuran.

Ada juga yang berpendapat bahawa terdapat calon Sasterawan Negara yang tidak dipertimbangkan kerana mereka dulu pernah menentang kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada satu masa dulu ada suara-suara sumbang meminta Datuk Shahnon Ahmad dan Datuk A. Samad Said ditarik balik anugerah mereka disebabkan mereka pernah menentang kerajaan.

Banyak juga pihak yang mahukan panel penilai Sasterawan Negara dirombak semula serta cara pencalonan anugerah itu direbiu. Ini bagi memastikan integriti pemilihan.

Sumber memberitahu bahawa Menteri meminta pandangan dari luar bagi memastikan keputusan kali ini mantap dan tidak boleh dipertikaikan.

— BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here