Oleh FAUZAN UDA AHMAD
MAHKAMAH Konstitusi Indonesia dijangka mengumumkan keputusan Khamis ini (27 Jun) berkaitan keputusan pemilihan presiden 2019-2014.
Menurut jurucakap Mahkamah Konstitusi, Fajar Laksano, keputusan dipercepatkan sehari setelah majlis peguam memikirkan ia tidak perlu dilambatkan kerana ia menjadi bahan perhatian awam.
Persidangan bermula 14 Jun lalu setelah pasangan Prabowo Subianto-Sandiaga Uno mengemukakan bantahan terhadap hasil keputusan pilihan raya yang didakwa sepatutnya memihak kepada mereka dengan kelebihan 52-48 peratus.
Mereka mengemukakan bantahan setelah tidak bersetuju dengan keputusan yang dikeluar oleh Suruhanjaya Indonesia yang memberi kemenangan kepada Joko Widodo (Jokowi) -Maaruf Amin dengan keputusan 55.5-44.5 peratus.
Majlis Hakim Mahkamah Perlembagaan memanggil sejumah saksi bagi kedua-dua pihak dan selesai dijalankan hingga larut malam pada Jumaat lalu (21 Jun).
Kumpulan peguam kedua-dua pihak yakin keputusan akan berpihak kepada mereka .
Jika keputusan berpihak kepada Jokowi-Ma’ruf, bererti berakhirlah impian Prabowo untuk menjadi presiden. Ini adalah percubaan kedua beliau setelah gagal dalam percubaan pertama lima tahun lalu.
Dan selepas ini Prabowo dilihat tidak mempunyai kekuatan fizikal kerana beliau kini berusia 67. Bagi pemilihan presiden bagi sesi 2024-2029 akan datang beliau sudah berusia 72 tahun.