Dilema Melayu, Tengku Razaleigh (Ku Li) bakal PM

0
1

MAAF cakap saya bukan nujum sangkarama Sebagai seorang pengkaji politik selama 40 tahun dan menghasilkan lebih 50 buku politik, serta mengenali para pemimpin berbagai parti dari dekat, izinkanlah saya memberi pandangan mengenai seorang tokoh paling berwibawa untuk menjadi PM kelak.

Beliau ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

1. Beliau berkecimpung dalam dunia politik lebih 50 tahun, tidak pernah kalah dalam pilihan raya sampai sekarang.

2. Beliau menjadi orang kepercayaan merangkap, penasihat kepada Tun Razak.

3. Beliau diamanahkan Tun Razak menjadi pengerusi Petronas yang pertama, Pernas dan Bank Bumiputra.

4. Lulusan bidang ekonomi dari universiti di n England, dan seorang yang banyak pengalaman di bidang korporat, pelaburan dan pengurusan mega projek.

5. Hartanah yang mahal PWTC itu kepunyaan Ku Li yang dihadiahkan kepada UMNO untuk membangunkan hartanah untuk UMNO. Kini hartanah itu bernilai hampir RM1 bilion.

6. Pernah jadi menteri MITI dan kewangan di era Tun Hussein Onn dan Tun Mahathir.

7. Menentang Mahathir dan Ghafar Baba bersama Musa Hitam merebut jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO 1987. Mahathir dan Ghafar menang tipis dengan majoriti 41 undi sahaja.

8. Ku Li menubuhkan Semangat 46 selepas perpecahan dalam UMNO. Bila UMNO asal diharamkan mahkamah Mahathir menubuhkan UMNO Baru yang ada sekarang.

9. Pada PRU 1990 Angkatan Perpaduan Ummah (S46, PAS, Berjasa dan Hamim) berjaya menumpas UMNO di Kelantan. Semua 39 kerusi ahli DUN jatuh kepada Angkatan Perpaduan Ummah. UMNO kosong. Itu menunjukkan pengaruh Ku Li di kalangan rakyat.

10. Demi perpaduan Melayu dan Islam Ku Li sanggup bubarkan Semangat 46 kembali berjuang semula dalam UMNO sampai sekarang.

11. Walau pun kini beliau hanya MP biasa dari Gua Musang namun beliau sering mendapat tetamu dari kalangan duta negara-negara asing, banker dan para pelabur asing dan tempatan, para wartawan tempatan dan asing yang menghormati kepimpinan dan kewibawaan beliau sebagai tokoh nasional yang terkemuka.

12. Yang paling penting beliau TIDAK KORUP kalau dibandingkan dengan para koruptor kelas jerung dan naga bunting yang berkeliaran di luar penjara Sg Buloh sekarang.

Banyak golongan masyarakat berpendapat Tun M patut berunding dengan Ku LI untuk memperkasakan kepimpinan Melayu Islam yang berpecahbelah sekarang.

Tun M dan Ku Li sahabat baik dalam perjuangan, dan tahu kemampuan intelek, integriti serta ide-ide pembangunan bernas dari putera Kelantan ini.

Tidak ada pemimpin paling layak menjadi PM dalam Pakatan Harapan selepas Tun M.

Anwar dan Azmin bukan ‘PM material’ apalagi mereka terlibat amalan homoseksual.

Kalau Tun M salah pilih penggantinya bagi kali ketiga (Pak Lah dan Najib membawa bala kepadanya) maka jangan salah ibu mengandung kalau Allah menurunkan bala kepada rakyat dan negara kelak.

Imej Tun M sebagai negarawan akan tercemar menjadi daki sejarah sekiranya beliau memilih Anwar atau Azmin sebagai bakal PM.

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here