Diva pop Kris Dayanti akui jalani pembedahan plastik demi karier

0
4
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

DIVA pop Indonesia Kris Dayanti (KD)  mengakui melakukan pembedahan plastik pada wajah dan anggota tubuh yang lain bagi membolehkan dia mempunyai penampilan menarik  sesuai dengan kedudukannya sebagai  selebriti popular.  Dalam usia 44 tahun KD kelihatan awet muda seperti gadis yang belum berkahwin.

Rawatan kecantikannya dilakukan di Singapura oleh doktor pakar dan menelan perbelanjaan yang tinggi.

Pendedahan KD diutara dalam rancangan Ngopi Dara di NTV7 baru-baru ini.

KD mempunyai kedudukan kewangan yang mantap sesuai dengan bayaran persembahanya  sebagai diva. Di samping itu mempunyai suami barunya, Raul Ramos (sejak 2011)  seorang ahli perniagaan bertaraf jutawan.  Jadi tiada masalah baginya bagi mengeluarkan wang yang banyak untuk tujuan kecantikan.

KD mendedahkan antara bahagian yang dilakukan pembedahan plastik meliputi bahagian hidung,   punggung dan buah dadanya.

KD merupakan antara artis yang menerima bayaran tertinggi di Indonesia.

Namun KD perlu menempuh keperitan hidup sebelum Berjaya menempa nama dan hidup mewah,

Perceraian ibu bapa menyebabkan ibunya meninggalkan kota Batu. Jawa Timur dan membawa KD dan kakaknya Yuni Shara ke Jakarta pada tahun 1984 untuk memulakan kehidupan baru. Di Jakarta mereka menjalani kehidupan yang pedih, namun ia membuat mereka lebih  matang.

Mula membuat album kanak-kanak Megaloman ketika berusia 9 tahun.

Ketika berusia 12 tahun KD diberi peluang menghasilkan album pertamanya berjudul Biasa Saja, namun gagal di pasaran.

Sementara kakaknya, Yuni Shara semakin berjaya sebagai penyanyi dan artis rakaman.

Dengan berbekalkan semangat tidak putus asa KD mencuba pelbagai pertandingan nyanyian.

Tuah bagi KD yang lahir pada 24 Mac 1975 ini  bermula apabila menjadi juara pertandingan nyanyian Asia Bagus yang pertama di Tokyo pada tahun 1992 ketika berusia 17 tahun.

Asia Bagus adalah pertandingan mencari penyanyi berbakat meliputi Indonesia, Malaysia, Singapura dan Jepun. Ia diterbitkan oleh Fuji TV.

Namanya semakin melonjak apabila mengeluarkan album Menghitung Hari pada 1998.

Perkahwinan dengan Anang Hermansah (1996-2009) pada usia muda, 21 tahun,  membantu karier nyanyiannya. Mereka menjadi pasangan duet ideal dan merakam sejumlah album.

Namun hubungan perkahwinan mereka musnah pada tahun 2009. Namun ketika itu kedudukan KD sebagai penyanyi sudah mantap.

Setelah dua  tahun bercerai KD  dilamar oleh   Raul  Remos, seorang pengusaha dari Timor Leste.

KD juga pernah menjadi model dan berlakon, namun  bidang nyanyian memberi berkah kepadanya.

-BebasNews

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here