Felda sahkan peletakan jawatan Megat Zaharuddin

0
3
Foto: NSTP/SALHANI IBRAHIM

 

 

FELDA mengesahkan peletakan jawatan Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor semalam.

Menurutnya, calon baharu Pengerusi Felda akan diumumkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Felda berkata, Megat Zaharuddin melepaskan jawatannya selepas berkhidmat sejak 26 Julai tahun lalu.

“Tan Sri Dato’ Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor telah mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) pada 24 Jun 2019. Beliau dilantik sebagai Pengerusi pada 26 Julai 2018 dan telah berkhidmat hampir setahun di FELDA,” kata organisasi itu dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, MalaysiaGazette difahamkan satu emel ditulis oleh Megat Zaharuddin kepada pekerja dalaman Felda menyebut beliau akan meninggalkan badan itu pada 30 Jun 2019.

Menurut kenyataan tersebut, Felda berkata, di bawah pentadbiran Megat Zaharuddin, beberapa inisiatif pelan transformasi telah diperkenalkan dan diketengahkan untuk meneraju Felda semula ke tahap kelestarian dan kegemilangan.

Sebahagian daripada inisiatif tersebut telah selesai dan beberapa masih lagi dalam proses pelaksanaan dengan secepat mungkin.

Megat Zaharuddin juga telah menyusun atur dan memperkenalkan misi, visi dan nilai teras baharu entiti itu agar organisasi itu mampu menjadi pemacu pembangunan penempatan negara yang progresif.

Pada 10 April lalu, kerajaan telah membentangkan Kertas Putih Ke Arah Kelestarian Felda dan turut memperkenalkan Model Baharu Felda.

Dengan itu pelan transformasi telah dikemas kini dan tidak berapa lama lagi, Felda akan distruktur semula untuk menjayakan segala usaha-usaha ke arah Felda Baharu.

Megat Zaharuddin yang mengulas mengenai peletakan jawatannya berkata: “Perjalanan hidup kita mengandungi stops and starts. Saya memikir apakah lagi rancangan Allah pada diri saya”.

https://malaysiagazette.com/blog/2019/06/25/felda-sahkan-peletakan-jawatan-megat-zaharuddin/
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here