Kesatuan wartawan, jurugambar Pulau Pinang turut terima dana 1MDB, kata Guan Eng

0
1

MENTERI Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan kesatuan wartawan dan jurugambar akhbar di Pulau Pinang antara pihak yang menerima wang berkaitan 1MDB.

Tanpa mendedahkan identiti penerima, Lim bagaimanapun menasihatkan mereka mengembalikan wang itu secara sukarela.

“Kalau lihat senarai yang ada dalam MOF (Kementerian Kewangan), si penerima lebih 41 orang.

“Saya minta mereka yang terima wang daripada Yayasan 1MDB, 1MDB ataupun kelab kebajikan 1MDB dan sebagainya menimbang mengembalikan wang tersebut.

“Jangan tunggu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) hantar senarai dan bekukan akaun anda,” katanya selepas menghadiri jamuan Aidilfitri anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri di sini hari ini.

Jumaat lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dilaporkan berkata, SPRM memfailkan permohonan pelucuthakan sivil terhadap 41 individu dan entiti untuk mendapatkan semula kira-kira RM270 juta yang ada kaitan 1MDB.

Lim berkata, pihaknya mempunyai senarai komprehensif nama penerima wang berkaitan 1MDB yang tidak didedahkan lagi.

Beliau percaya penerima wang berkaitan 1MDB itu tidak terbabit dalam skandal 1MDB, oleh itu mereka wajar memulangkannya bagi memudahkan semua pihak.

Terdahulu, Lim dalam ucapannya berkata, LHDN tidak pernah mengambil pendekatan “menghukum” pembayar cukai lewat hantar penyata cukai, tetapi mengambil tindakan memudahkan rakyat melunaskan cukai masing-masing.

http://bit.do/eWdPk
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here