Latheefa Koya angkat sumpah depan agong

Latheefa Koya angkat sumpah depan agong

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis mengangkat sumpah pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM ke-14 di Istana Negara, hari ini.

Baginda memperkenankan pelantikan Latheefa bagi tempoh dua tahun mulai 1 Jun lalu sehingga 31 Mei 2021.

Majlis angkat sumpah tersebut selaras dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 yang menyebut ketua pesuruhjaya perlu mengangkat sumpah di hadapan agong.

Peguam hak asasi manusia berumur 46 tahun itu merupakan lulusan sarjana muda undang-undang (LL.B)(Kepujian) dari University of London.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong dan pegawai-pegawai kanan SPRM.

http://bit.do/eWcke
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.