Pelawak veteran Qomar didakwa miliki ijazah sarjana dan PhD palsu untuk jawatan rektor universiti

Pelawak veteran Qomar didakwa miliki ijazah sarjana dan PhD palsu untuk jawatan rektor universiti
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

PELAWAK veteran Indonesia. Qomar, 59, diberi waran tangkap dan diambil dari  rumahnya di Brebes, Jawa Tengah petang semalam (Isnin) atas dakwaan memiliki ijazah sarjana dan doktor falsafah (PHD) palsu. Sebelum ini Qomar enggan memberi kerjasama kepada pihak polis untuk mendapat keterangan.

Qomar menggunakan ijazah palsu tersebut bagi mencalonkan diri  bagi  jawatan sebagai Rektor Universitas Muhadi Setiabudhi (UMS),  Brebes, Jawa Tengah.

Tangkapan dibuat setelah  pihak polis menerima laporan mengenai pemalsuan itu. Pelapor yang dikenali sebagai Muhadi Setiabudhi membuat laporan polis kerana mengesyaki Qomar mengemukakan ijazah palsu ketika sesi temu duga berlangsung.

Qomar dikatakan hanya memiliki ijazah sarjana muda.

Jika didapati bersalah Qomar boleh dihukum hingga 7 tahun penjara.

Qomar dengan nama lengkapnya Haji  Nurul Qomar adalah anggota kumpulan lawak Empat Sekawan, kemudian beralih ke bidang politik dan pernah menjadi wakil rakyat selama dua penggal  (2004-2014).

Kini dia lebih banyak membuat kerja kebajikan dan mencuba mempertingkatkan pendidikan Islam dalam kalangan masyarakat  dengan cuba untuk menjadi rektor UMS.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.