Pesawat khas untuk Menteri Pertahanan?

Pesawat khas untuk Menteri Pertahanan?

BERKERUT kening membaca kenyataan akhbar terbaharu pejabat Menteri Pertahanan.

Bukan sebab Menterinya, terlepas temu janji PENTING dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad  di London, England tetapi tarikh kenyataan itu menimbulkan persoalan.

Betapa tidak cekapnya pejabat itu apabila kenyataan hanya dikeluarkan pada 24 Jun sedangkan insiden berlaku sudah lebih seminggu lalu.

Adakah masa yang sama panjang juga diambil jika berlaku insiden besar yang lain?

24 JUN - KELEWATAN PESAWAT MENHAN (1)

Sebagai sebuah entiti yang penting, ia tidak harus berlaku dan sepatutnya kesalahan tidak boleh diletak pada bahu syarikat penerbangan tempatan, MAS yang katakan lewat berlepas.

Pesawat MAS atau penerbangan awam lain bukan boleh terbang sesuka hati kerana tertakluk kepada faktor di luar kawalan. Sukar untuk membayangkan kelewatan yang sama boleh berlaku di negara jiran yang letaknya hujung tanah air.

Kelewatan untuk berlepas seharusnya diambil kira lebih awal apabila menggunakan syarikat penerbangan awam kecualilah Kerajaan kini merancang untuk membeli pesawat yang khas untuk Menteri Pertahanan agar tidak lewat lagi.

Apa yang berlaku menutup kecekapan dalam entiti kerajaan dan bukan sekadar menyalahkan orang lain.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.