Gangguan air di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang pukul 9 malam ini

0
31

KUALA LUMPUR — Beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dijangka mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah bermula 9 malam ini berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang terpaksa dihenti tugas.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan menjelaskan ini susulan pencemaran bau yang dikesan berlaku di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah bagi loji itu.

“Pihak kami sedang berusaha mengatasi masalah ini dan kerjasama pengguna amat dihargai,” menurut Syabas.

Untuk maklumat dan status terkini, orang ramai boleh merujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.syabas.com.my

BERNAMA
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here