Vanessa Angel bebas hari ini setelah dihukum 5 bulan penjara

Vanessa Angel bebas hari ini setelah dihukum 5 bulan penjara
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

SELEBRITI Vanessa Angel, 27, dibebaskan hari ini apabila Mahkaman Negeri Surabaya semalam (Rabu), menjatuhkan hukuman penjara selama 5 bulan iaitu kurang sebulan daripada yang dituntut pihak pendakwa.

Berdasarkan tempoh hukuman itu, Vanessa sudah boleh bebas selepas ditahan di penjara sejak hujung bulan Januari lalu.

Pelakon, model dan penyanyi ini didapati bersalah melakukan pelacuran secara dalam talian atau online.

Vanessa ditahan polis bersama seorang lelaki ketika sedang melakukan urus niaga seks di sebuah hotel di Surabaya.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.