Ahli pasukan petugas khas: Tak boleh puaskan semua, kata PM

0
58

PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan pemilihan anggota pasukan petugas khas yang dilantik untuk menyiasat kehilangan Amri Che Mat dan pastor Raymond Koh.

Katanya dalam setiap keputusan diambil kerajaan akan ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya.

Justeru kata Mahathir pada masa sama ada pihak yang bersetuju dengan pemilihan kerajaan.

“Kita tak boleh puaskan hati semua orang, tapi sesetengah orang akan gembira, dan sesetengah daripadanya akan tidak gembira (dengan keputusan itu).

“(Jadi) saya tak boleh beri jaminan (kerajaan) dapat puaskan hati semua pihak 100 peratus,” katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan pelancaran Dasar Pembangunan Luar Bandar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini.

Mahathir memberi kenyataan itu apabila diminta mengulas mengenai kenyataan keluarga kedua-dua lelaki terbabit mengenai pelantikan anggota pasukan petugas khas oleh kerajaan.

Pasukan itu ditubuhkan Kementerian Dalam Negeri dianggotai enam tokoh, dengan bekas hakim mahkamah tinggi, Abd Rahim Uda, dipilih sebagai ketua.

Lima lagi anggota pasukan itu ialah bekas ketua bahagian perundangan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mokhtar Mohd Noor; Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM, Zamri Yahya; Pengarah Operasi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan, Muhammad

Bukhari Ab Hamid; Pegawai Undang-undang Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Mohd Sophian Zakaria, dan Setiausaha Bahagian, Suruhanjaya Pasukan Polis, Mohd Russaini Idrus.

Waris Amri dan Koh antara lain mengecam pelantikan Mokhtar kerana beliau terlibat dalam sesi inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebelum ini.

Menurut isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin, unit Mokhtar “terlibat dalam sisatan penuh kelemahan terhadap penculikan Amri dan dalam pasukan yang mewakili PDRM dalam inkuiri Suhakam.”

http://bit.do/eWppC
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here