DPMM kesal bekas ahli salah guna nama, umum presiden baru secara haram

0
35

DEWAN Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) hari ini meluahkan rasa kesal terhadap tindakan 18 orang bekas ahlinya, termasuk timbalan presiden yang menggunakan nama DPMM secara haram dan tidak sah.

Ini termasuk kegiatan menggunakan kepala surat dewan dan membuat perjumpaan dengan seorang menteri kanan di Putrajaya sebagai ahli majlis eksekutif Dewan (MED) itu sedangkan keahlian dan jawatan mereka sudah terlucut pada November lalu.

Presiden DPMM Rizal Faris Mohideen Abdul Kader menyifatkan perbuatan kesemua 18 bekas ahli majlis itu sebagai mengkhianati dewan, menipu dan menularkan berita palsu tentang kegiatan mereka.

“Anda sedang melakukan jenayah.

“Ini satu penipuan besar. Berita yang diwar-warkan kepada media adalah berita palsu,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat DPMM di sini, hari ini.

Terdahulu, FMT melaporkan Rizal mengumumkan keahlian 16 ahli majlis eksekutif tergugur kerana membuat saman pemula terhadap dewan, mengikut Fasal 27.2 undang-undang tubuh (UUT) DPMM.

Mengulas lanjut, Rizal berharap kesemua bekas ahli dewan itu mengikut prosedur undang-undang yang sah dan tidak bertindak secara terburu-buru, terutamanya melibatkan pihak media.

“Dah pergi mahkamah dan RoS (Pendaftar Pertubuhan), tunggulah. Berilah mereka peluang buat siasatan dan teliti dokumen dan isu yg diwar-warkan. Hasilnya nanti, kita perlu terima.

“Kalau saya salah, saya akan letak jawatan. Kalau saya betul, mereka kena terimalah hukuman,” katanya.

FMT dimaklumkan, ketika sidang media dijalankan, setiusaha agung DPMM, Don Nazwin Don Najib membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi berhubung salah laku individu tersebut yang menggunakan nama dan fasiliti DPMM.

“Saya pandang isu ini berat. Mereka guna nama dewan untuk aktiviti haram dan gunakan nama Syed Hussein Alhabshee sebagai presiden. Ia adalah satu penipuan yang besar, selain menularkan berita palsu.

“Saya anggap ini satu jenayah. Cukup-cukuplah,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, timbalan presiden DPMM Syed Hussein Alhabshee dan 17 ahli exco dewan itu mengemukakan saman pemula terhadap Rizal untuk memohon mahkamah membuat keputusan memerintahkan majlis eksekutif mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) berhubung konflik dalaman badan itu.

Media melaporkan saman pemula itu adalah berkaitan dakwaan kehilangan wang sebanyak RM5 juta dan penjualan 2 hartanah milik DPMM di Plaza Damansara, Kuala Lumpur bernilai RM11.6 juta

Bagaimanapun, Rizal mendakwa saman pemua itu sudah ditarik balik oleh pihak terbabit pada hari Selasa lalu.

http://bit.do/eWpW5
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here