FGV sangkal petisyen AS dakwa guna buruh kanak-kanak

0
23

FELDA Global Ventures (FGV) Holdings Berhad menafikan dakwaan menggunakan buruh kanak-kanak dalam operasinya.

Ia susulan satu petisyen atas talian yang menggesa kerajaan Amerika Syarikat (AS) memboikot minyak sawit dari Malaysia.

Petisyen oleh Grant & Eisenhower ESG Institute itu menggesa AS menghentikan import “minyak sawit, minyak inti kelapa sawit dan produk terbitan minyak sawit” yang dikeluarkan FGV kerana atas dakwaan pelanggaran dalam soal buruh di ladangnya.

Dalam kenyataan hari ini, FGV berkata pihaknya telah mengambil pelbagai langkah untuk menangani dan menyelesaikan isu yang dibangkitkan dalam petisyen itu, dan beberapa isu telah pun diselesaikan.

ESG_Institute_Petition_06-24-19

“Terbaru, FGV melaksanakan Dasar Kelestarian Kumpulan yang menunjukkan komitmen FGV terhadap prinsip hak asasi manusia termasuk hak buruh; tiada buruh paksa dan kanak-kanak; kesihatan dan keselamatan; kesaksamaan gender dan tiada diskriminasi; tiada toleransi terhadap gangguan seksual, pencabulan dan keganasan; tiada pembasmian hutan dan gambut; mengurangkan/ membasmi impak negatif terhadap alam sekitar; dan keadilan iklim,” kata syarikat itu.

FGV berkata semua isu yang dibangkitkan petisyen itu menjadi perbincangan umum sejak 2015 dan pihaknya telah mengambil beberapa langkah untuk membetulkan keadaan.

“Usaha FGV didokumentasi dengan baik dan pihak awam boleh mendapatkannya.

“Malah beberapa dakwaan adalah tidak benar. FGV tidak pernah menggunakan buruh kanak-kanak dalam sebarang operasi kami. Malah FGV mempunyai dasar tegas berkenaan perkara itu,” katanya lagi.

Kata syarikat itu lagi, pihaknya telah mengumumkan pembekuan serta-merta terhadap pengambilan pekerja baru daripada kontraktor luar dalam operasinya.

“FGV juga mengenal pasti pelbagai langkah yang diambil ke arah pembetulan secara keseluruhan. Ia termasuklah menyemak dan menilai semula kontrak pekerjaan; gaji dan faedah; dan keadaan di tempat kerja,” katanya lagi.

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here