Snow World, Resorts World Genting bertukar menjadi Antartika untuk Cabaran Suhu Bawah Sifar

0
7

GENTING HIGHLANDS – Resorts World Genting baru-baru ini menganjurkan satu pertandingan bagi mencari orang terakhir yang masih berdiri dalam Cabaran Suhu Bawah Sifar dalam kalangan pengamal media. Berbekalkan pakaian yang minimum, 31 wartawan daripada 18 agensi media menyahut cabaran tersebut untuk memenangi beberapa hadiah menarik.

“Hidup ini adalah satu cabaran dan saya berharap rakan-rakan media kami bergembira dengan cabaran unik ini,” kata Katherine Chew, Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi Resorts World Genting. “Genting Highlands sememangnya terkenal dengan cuaca dingin dan Snow World pula merupakan salah satu tarikan yang disukai pengunjung kerana musim sejuk Eropahnya. Hari ini kami menukarnya menjadi kawasan kutub untuk Cabaran Suhu Bawah Sifar. Ia adalah salah satu cara bagaimana kami mencipta kelainan untuk tarikan di Resorts World Genting bertukar menjadi satu dunia baharu yang penuh dengan keseronokan serta cabaran. Oleh itu nantikan lebih banyak lagi selepas ini.

Snow World dibuka pada 2003 dan ditutup pada 2011 untuk kerja-kerja menaiktaraf secara besar-besaran dengan kos sebanyak RM15 juta meliputi kawasan seluas 22,800 kaki persegi. Ia kembali dibuka pada 31 Ogos 2013 dengan kemampuan memuatkan seramai 250 pengunjung pada satu-satu masa, sekaligus menjadikanya sebagai tarikan salji terbesar di Malaysia.

Pada suhu sejuk beku -6 °C, anda boleh merasai keseronokan melungsur dengan tobogan atau “bergaduh” dengan melontar bola salji sesama sendiri. Bukan sahaja salji, terdapat juga seni helah 3D dan kawasan-kawasan mesra bergambar di dalamnya.

Peraturannya adalah mudah. Sekumpulan rakan-rakan media dibawa ke Resorts World Genting, sebahagian memilih untuk menyahut cabaran diberikan dan selebihnya sekadar ingin memberi liputan pada acara tersebut. Berlangsung di Snow World, kawasan itu bertukar daripada sebuah perkampung kawasan Alpine kepada Artartika dengan suhu -6 °C. Bagi mereka yang tidak gentar dengan cuaca sejuk, peraturannya amat mudah, duduk dalam Snow World selama yang boleh berbekalkan satu lapisan pakaian bersama jaket, but dan sarung tangan yang disediakan.

“Ia sangat sejuk!!” kata Siti Ampuan binti Azizan & Asriana Binti Ahmad daripada New Sarawak Tribune yang mengalah selepas 53 minit menahan sejuk. “Kebiasaan saya sukakan cuaca sejuk, namun dengan berbekalkan satu lapisan jaket, ia adalah mustahil untuk bertahan. Kami hanya ada telefon pintar dan bank kuasa sebagai teman, dan biar saya beritahu…bateri telefon lebih cepat habis ketika berada pada suhu bawah sifar. Bagaimanapun ia satu pengalaman  yang menyeronokkan.”

Sejam kemudian, seorang lagi peserta angkat bedera putih, Athirah daripada Majalah InTrend berkata “Saya ingatkan saya mampu lakukan tetapi saya gagal”. Baki yang tinggal hanya 12 peserta daripada 10 agensi media.

Selepas tiga jam kemudian, kesemua peserta diarah menanggalkan jaket masing-masing. Apa yang tinggal hanyalah sehelai pakaian yang dipakai sebelum itu. Inilah masa dimana ketahanan mental dan fizikal diuji.

Setengah jam kemudian, tujuh peserta terpaksa mengalah dan diberi hadiah saguhati. Lokman Hakiem Abd Samad daripada Ideaktif berkata “Saya ingat saya mampu bertahan paling lama dalam suhu -6 °C, namun saya silap kerana ada yang lebih kuat daripada saya. Kebanyakan daripada kami mampu bertahan lebih dari 3 jam dan ia melepasi jangkaan masa diharapkan. Tiada siapapun mahu menyerah kalah. Biarpun selepas jaket diambil, kami tidak mahu mengaku kalah sebaliknya menjadi satu pasukan. Kami berehat bersama-sama dan kembali meneruskan perjuangan bersama. Akhirnya, selepas 3 jam 31 minit,  saya bersama pasangan memilih untuk melangkah keluar. Bukan kerana kami tidak idamkan kemenangan, namun kami berikan peluang itu untuk orang lain.”

Eddy Ong daripada Xuan Play, Iqram Rosli dan Muzzamil (Bernama News Channel), Zamir Akmal Zambri (Media Prima), Brian Lee (Like Media) serta Nik  (Astro Gempak) adalah lima yang terakhir bertahan mengharungi ketahanan mental dan fizikal itu.

Akhirnya, selepas tiga jam empat puluh sembilan minit, suhu sejuk berjaya mengatasi mereka berlima. Kesemua mereka keluar dari Snow World dengan menamatkan cabaran bersama. Mereka mengambil keputusan untuk berkongsi kemenangan dan keluar sebagai juara berlima. “Tangan dan kaki kami mula kebas, wajah sendiri sudah tidak boleh dirasai dan kami perlu mencari satu keputusan. Kesemua kami membuat satu bulatan dan berbincang cara terbaik untuk keluar sebagai pemenang. Oleh itu kami memutuskan untuk berkongsi hadiah kemenangan. Ada yang bersetuju untuk membawa pulang trofi dan mengambil hadiah percutian hotel. Ia adalah situasi menang-menang untuk semua” kata Iqram Rosli.

Maka berakhirlah Cabaran Suhu Bawah Sifar di Snow World! dengan semua orang berjaya pulang bersama hadiah masing-masing. Ia merupakan hadiah yang berbaloi. Brian Lee membawa pulang Hadiah Utama berupa Trofi Emas Media manakala Iqram Rosli dan Muzzamil memilih percutian 3 hari 2 malam di Hotel Genting Grand serta pas The Void dan Skytropolis untuk 2 orang.

Pemenang kedua pula diberikan kepada Eddy Ong yang menerima Trofi Perak manakala hadiah percutian 3 hari 2 malam di Resorts World Langkawi berserta Pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang milik Nik. Tempat ketiga pula milik Zamir yang membawa pulang hadiah berupa Trofi Gangsa, percutian 2 hari 1 malam di Hotel Awana serta pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang. Hadiah saguhati turut diberikan kepada enam peserta yang berupa percutian 2 hari 1 malam di Hotel First World serta Pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang setiap satu. Turut tidak dilupa para media yang hadir sebagai penonton diberikan Pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here