Cuti Kelepasan Am tambahan 30 Julai ini

Cuti Kelepasan Am tambahan 30 Julai ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Yang Dipertuan Agung  yang ke 16 pada hari Selasa, 30 Julai ini diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am tambahan bagi seluruh negara.

Pengistiharan Hari Kelepasan Tambahan ini dibuat berdasarkan Seksyen 8, Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan, demikian menurut satu kenyataan Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan negeri mengikut undang-undang masing-masing.

BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.