Zahid mula jelajah politik selepas hadapi tuduhan demi tuduhan

0
25
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Masjid Jamek Seberang Jaya, Pulau Pinang.

 

TAK sampai24 jam dihadapkan ke mahkamah atas berpuluh-puluh tuduhan rasuah, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat penjelajahan politik beliau.

Program jelajah beliau bermula subuh hari ini (Jumaat 28 Jun) di Masjid Jamek Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Adakah Zahid akan kembali menerajui UMNO setelah “berehat” dalam politik bagi menyesaikan masalah beliau dengan SPRM dan mahkamah?

Bagaimanabpula kedudukan pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan?

Mat Hassan kelihatan agak perlahan sejak akhir-akhir ini walaupun ramai yang menaruh harapan beliau akan terus menerajui UMNO selepas ini.

Ekoran pergolakan dalaman PH antara Anwar-Azmin, rakyat Malaysia sedang memerhati apa lagi percaturan politik dan apa pula langkah UMNO seterusnya.

Ikuti juga berita tuduhan ke atas Zahid semalam: http://bebasnews.my/2019/06/27/zahid-berdepan-33-lagi-dakwaan-rasuah/

 

BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here