Gara-gara kayu api, datuk nikah nenek

0
35
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

GARA-gara kayu api, seorang lelaki yang berusia 92 tahun dan seorang nenek berusia  79 tahun akhir bertemu jodoh dan melangsungkan perkahwinan.

Mitro Wiyono dan Sutinah dari Gunung Kidul, Yogyakarta dinikahkan dengan mas kahwin Rp150 ribu (RM43.70) pada Khamis, baru-baru ini dengan bantuan penduduk setempat.

Mitro mula tertarik dengan  Sutinah apabila wanita itu datang ke rumahnya untuk mendapatkan sisa-sisa kayu untuk dijadikan kayu api. Mitro merupakan seorang tukang yang menghasilkan perabot kayu.

Menurut Mitro, bibit cinta itu timbul apabila Sutinah sendiri datang ke rumahnya untuk mendapatkan sisa kayu yang biasa dilakukan anak angkat wanita tersebut.

Mitro merupakan duda yang pernah berkahwin dua kali. Sementara Sutinah kematian suami sejak dua tahun lalu. Kedua-duanya tidak mempunyai zuriat. Sutinah cuma mempunyai seorang anak angkat.

Mitra dan Sutinah sudah saling mengenali sejak zaman muda lagi,  tetapi mereka tidak pernah mempunyai sebarang perasaan cinta.

Kini setelah puluhan tahun dan sudah dimamah usia akhirnya bibit percintaan timbul.

Pasangan warga tua ini dirai oleh penduduk dengan acara perkahwinan seperti mana pasangan muda termasuk diarak keliling kampong.

Pernikahan pasangan lanjut usia ini menjadi tular (viral) sejak beberapa hari lalu.

— BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here