Isyarat radio FM di Malaysia sudah tepu?

0
202
Oleh AMREE AHMAD

 

SECARA am, berapa jumlah saluran radio untuk alat penerima FM dalam kereta? Bagi ‘kaki radio’, jika kereta standard maka penuhlah semua 12 saluran dengan segala macam stesen.

Manakala untuk kereta jenis continental, sistemnya boleh terima 18 saluran iaitu masing-masing mode FM1 ada 6, FM2 pun 6 dan FM3 (atau juga disebut FM Travel) ada 6 lagi.

Mujur Kementerian Komunikasi dan Multimedia mansuh gelombang sederhana (Medium Wave = MW) atau dikenali sebagai AM (Amplitude Modulation) awal dekad 1990-an dulu.

Setiap stesen radio teresterial tempatan di negara ini kemudian diwajibkan guna hanya isyarat FM (Frequency Modulation) serta mesti format standard Stereo dan bukan lagi Mono.

Untuk Lembah Klang, sebenarnya boleh dapat 33 stesen termasuk stesen jiran, Pahang FM, Perak FM dan Negeri FM (stesen ini deejay kerap cakap pekat dialek Nogori Sombilan).

Sudah pening pilih siaran radio? Hakikatnya jumlah itu pun tidak banyak kerana pendengar di wilayah selatan Johor lagi bertuah ‘meriah’ dapat menerima lebih daripada 60 stesen.

Ia malahan dari Singapura dan Indonesia, selain stesen antarabangsa BBC (Britain), NHK (Jepun), Deutsche Welle (Jerman), France Internationale (Perancis) dan ABC (Australia).

Ini bermakna jika memandu ke daerah Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi atau Kulai, sila pastikan sistem radio anda guna jejalur digital dilengkapi format RDS (Radio Data System).

Jika tidak, anda ‘pening kepala’ cari stesen tempatan atau tidak semena-mena terdengar siaran asing. Hal ini bolehlah tanya orang Johor sendiri yang sudah ‘lali’ sejak dahulu lagi.

Di wilayah itu, julat jarak beza frekuensi antara siaran dua stesen dikatakan cukup rapat tepu sehingga 0.2 MHz berbanding had standard lazim iaitu 0.5 MHz di tempat-tempat lain.

Bayangkanlah jika kereta anda masih lagi guna sistem radio lama jenis jejalur grafik atau tiada format RDS, maka boleh dengar siaran bertindih banyak stesen macam bunyi lebah.

Ini kerana sistem penerima radio jenis lama cuma ‘tangkap’ isyarat gelombang yang paling kuat. Hari ini, siaran radio di seluruh Malaysia sebenarnya boleh dianggap hampir tepu.

Justeru, tidak hairanlah pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terpaksa beku permohonan stesen radio baharu untuk kajian perancangan semula frekuensi.

Ia dijalankan Bahagian Perancangan Spektrum meliputi isyarat FM antara 87.5 hingga 108.0 MHz. Kerajaan menerusi Jabatan Penyiaran Malaysia misalnya memiliki 31 stesen radio.

Ini melibatkan enam saluran kebangsaan dan 25 peringkat negeri.Manakala swasta pula paling besar ialah Astro dengan 13 saluran, Media Prima (tiga) dan Star Radio Group (dua)

Berikut disenaraikan beberapa stesen Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk rujukan jika kebetulan anda berada di Johor sama ada melancong, belajar atau memang tinggal di situ.

Selamat mendengar siaran radio!

Stesen radio Malaysia: (pemancar Gunung Pulai, Johor)

87.8 – Sinar FM (Astro)

90.1 – Hot FM (Media Prima)

92.8 – Zayan FM (Astro)

94.6 – Lite FM (Astro)

95.4 – My FM (Astro)

95.6 – Asyik FM (RTM)

97.6 – Hitz FM (Astro)

98.4 – Melody FM (Astro)

99.1 – Mix FM (Astro)

99.9 – Redi 988 (The Star)

101.1 – Minnal FM (RTM)

101.4 – Suria FM (The Star)

101.9 – Johor FM (RTM)

102.5 – Fly FM (Media Prima)

102.9 – Traxx FM (RTM)

103.7 – THR Raaga (Astro)

104.1 – Best FM (Suara Johor)

104.5 – Era FM (Astro)

104.9 – Ai FM (RTM)

105.3 – One FM (Media Prima)

105.7 – Nasional FM (RTM)

106.2 – IKIM FM (IKIM)

106.7 – Radio Klasik (RTM)

107.5 – Bernama 24 (Bernama)

 

Stesen radio Singapura: (pemancar Bukit Batok, Singapura)

88.3 – Jia 88.3 fm

88.9 – BBC World

89.7 –  Ria 89.7 fm

90.5 – Gold 90.5 fm

91.3 – Hot 91.3 fm

92.0 – Kiss 92 fm

92.4 – Symphony 92.4 fm

93.3 – YES 93.3 fm

93.8 – Channel NewsAsia

94.2 – Warna 94.2 fm

95.0 – Class 95 fm

95.8 – Capital 95.8 fm

96.3 – Expat Radio

96.8 – Oli 96.8 fm

97.2 – Love 97.2 fm

98.0 – Power 98 fm

98.7 – 987 Perfect Ten

99.5 – Lush 99.5 fm

100.3 – UFM 1003

 

Stesen radio Indonesia: (pemancar Batam, Indonesia)

87.6 – Discovery Minang

88.7 – Radio STB FM

90.9 – RRI Batam Pro-3

91.7 – Aljabar Serumpun

96.6 – RRI Tanjung Pinang

100.7 – Batam FM

101.6 – Zoo FM

102.3 – Kei fm

102.7 – Radio Salam

103.2 – Radio Juan FM

103.5 – Radio Azam FM

104.3 – Lintas Sei Ladi

104.7 – Batam Indah

105.1 – RRI Batam Pro-1

105.3 – Canggai Putri

105.5 – RRI Batam Pro-2

106.0 – Radio Hang FM

106.5 – Radio Suara Marga

107.0 – Be 107 FM

107.2 – Radio ROKFM

107.7 – Radio Alfa Omega

107.9 – Komunitas Hang Tuah

 

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here