Strategi ‘Mat Smart’ jual Mi Lidi menjadi

0
24
RENO sedang menjual barangannya.
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

BAGI melariskan  jualan, seorang peniaga perlu menggunakan kreativiti bagi menarik perhatian pembeli.

Demikian yang dilakukan oleh seorang peniaga  di Pekalongan, Jawa Tengah.

Berikutan persaingan sengit Sutrino (lebih dikenali sebagai Reno), 23, yang menjual mi lidi, memilih untuk melakukan satu kelainan.

Untuk itu, Reno menjaja barangannya dengan berpakaian kemas  dan bertali leher seperti seorang pegawai pejabat.

RENO bergambar bersama-sama pelanggannya.

Tindakan Reno yang berpakaian demikian dengan menaiki motosikal kapcai  turut menarik perhatian pengguna jalan raya.

Para pengunjung di kawasan rekreasi tempat Reno berniaga  tidak melepaskan peluang untuk bergambar.

Reno, bagaimanapun hanya melayan permintaan orang ramai dengan syarat mereka membeli mi lidinya.

Ternyata strategi pemasaran menjadi apabila barangannya laris setiap hari.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here