Rokok boleh rosakkan mata selain paru-paru

0
189
Pix- Getty images/BBC

 

JUTAAN penduduk di Britain meletakkan penglihatan mereka pada risiko tinggi dengan berterusan merokok, demikian amaran pakar negara itu dipetik portal berita tempatan BBC.

Meskipun kaitan antara dua perkara itu agak jelas, namun hanya seorang daripada lima orang disoal Persatuan Optometris (AOP) akui bahaya merokok boleh menyebabkan masalah buta.

Perokok bahkan adalah dua kali ganda berisiko hilang penglihatan berbanding bukan perokok, lapor kajian Institut Diraja Orang Buta Kebangsaan (RNIB) yang diwujudkan sejak tahun 1868.

Ini berdasarkan penemuan bahawa asap tembakau boleh mengakibatkan tahap keadaan mata bertambah buruk malah asap rokok mengandungi kimia toksik yang dapat merosakkan mata.

Misalnya, logam berat seperti plumbum dan tembaga boleh berkumpul dalam kanta mata yang kecilkan ketelusan cahaya di belakang anak mata untuk bawa sinar cahaya kepada focus objek.

Ini menyebabkan penyakit katarak apabila kanta itu jadi agak kabur. Merokok juga boleh jadi punca masalah berkaitan kencing manis apabila ia rosak saluran darah di belakang retina mata.

Perokok turut berpotensi tiga kali ganda hidap penyakit berkaitan usia – suatu keadaan yang jejas pusat penglihatan individu dan bermakna penghidap akan hilang upaya lihat lebih jelas.

Tambah lagi, perokok adalah 16 kali ganda berbanding bukan perokok yang boleh kehilangan penglihatan secara tiba-tiba akibat neuropati optik apabila aliran darah ke mata mereka tersekat.

Menerusi bancian meliputi 2,006 orang dewasa, 18% berkata merokok tingkatkan risiko buta manakala 76% atau tiga suku daripada responden sedar merokok ada kaitan dengan barah.

AOP dalam pada itu berkata, tindakan berhenti atau elak merokok adalah langkah terbaik boleh diambil perokok untuk lindungi penglihatan mereka selain sering kali jalani pemeriksaan mata.

Penasihat Kawal Selia Klinikal dan Optometris AOP, Aishah Fazlanie berkata: “Orang biasanya cenderung untuk tahu kaitan antara merokok dan barah tetapi tidak sedar kesan terhadap mata.”

“Merokok boleh menambah risiko keadaan ancaman penglihatan antaranya masalah berkaitan usia yang jadi alasan utama kenapa perokok perlu timbang untuk segera berhenti tabiat ini.”

Di seluruh Britain, 17% lelaki dan 13% wanita atau sekitar 7.4 juta orang merupakan perokok, dengan lebih separuh iaitu 61% daripada mereka berkata ada hasrat untuk berhenti merokok.

Pejabat Statistik Kebangsaan pula dedah jumlah perokok tegar ketika ini semakin berkurangan dengan kejatuhan terbesar direkod sejak 2011 melibatkan kumpulan usia 18 hingga 24 tahun.

Pada 2017, kira-kira 2.8 juta orang atau 5.5% daripada penduduk Britain pernah guna rokok elektronik dan alasan terbesar mereka kononnya vape dapat bantu untuk berhenti merokok.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here