Artis mural popular PulauPinang kecewa lukisannya jadi sarkas

0
5
Foto: MalayMail

 

KESAL… Warga Lithuania, Ernest Zacharevic – yang lukis karya muralnya pada tembok hiasi George Town di Pulau Pinang, kini meratapi usahanya dalam kawasan warisan itu.

Lukisannya sudah lama jadi daya tarikan popular, namun beliau pernah pertimbang untuk bertindak mengecat semula karya-karya seninya itu “demi mengakhiri imej sarkas tersebut”.

Zacharevic melukis gambar ‘kanak-kanak atas basikal’ yang ikonik di sepanjang Armenia Street dan satu lagi siri mural lain sebagai sebahagian Festival George Town pada tahun 2012.

Karyanya sering kali menarik minat ramai pengunjung yang ingin rakam gambar. Dalam satu catatan menerusi laman Instagram beliau pada 2 Julai, pelukis itu menyalahkan karyanya!

Ia didakwa punca jalan warisan itu kini jadi pusat daya tarikan pelancong di Pulau Pinang. Beliau berpendapat Armenian Street tidak lagi sama seperti keadaan asalnya sebelum ini.

Ketika beliau mula berpindah ke tempat itu dahulu, ia hanya “jalan warisan yang sepi” dengan ada penduduk setempat tawarkan barang antik dan potong rambut harga murah.

Segalanya diusahakan dari “lantai bawah rumah milik keluarga mereka”.Beliau juga tarik perhatian bahawa kini tempat itu dibanjiri kedai cenderamata dan segala macam gerai.

Semua premis di jalan berkenaan begitu mesra pengguna Instagram terutama bagi para pelancong luar yang konon dambakan suasana “pengalaman asli berada di Pulau Pinang”.

Meskipun pernah terfikir untuk menghilangkan lukisan-lukisannya itu, Zacharevic menambah bahawa masa untuk tindakan sedemikian membawa satu perubahan sudah pun berlalu.

“Anda hampir tidak boleh melihat karya seni itu lagi, tetapi ramai orang masih beratur di sana. Dan jika bukan kanak-kanak di atas basikal, orang akan beratur untuk perkara lain. “

Artis itu juga menyuarakan kebimbangan George Town mungkin kehilangan status Tapak Warisan Dunia UNESCO yang diraihnya pada 2008 bersama-sama dengan Bandar Melaka.

Ini bakal berlaku jika pihak berkuasa tempatan masih gagal untuk “melindungi budaya, seni bina dan masyarakatnya” daripada ancaman pengaruh unsur kemodenan persekitaran.

Lantaran itu, beliau berharap peraturan lebih ketat akan dikuatkuasakan untuk memastikan tempat-tempat yang “budayanya mudah terhakis” itu akan dapat bertahan lebih lama.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here