[VIDEO] Payah dapat Mi Hokkien sebenar? Cuba yang ini…

0
7
Semua foto: @poppy_nattt Instagram

 

CUBA Ah Mang Mee, yang juga dikenali dengan nama Abang Jamal Hokkien Mee  di Old Town Petaling Jaya.

Gerai yang diperturunkan sepanjang tiga generasi ini mula beroperasi di Jalan Silang, Kuala Lumpur sebelum berpindah ke lokasi sekarang di Old Town Petaling Jaya, iaitu di Gerai No. 8.

Pada zaman awalnya, gerai ini menyediakan Mi Hokkien berperencah lemak babi mengikut resipi awal pengasasnya.

Bagaimanapun, di bawah pemilikan Abang Jamal sekarang, beliau mengubah resipi dan menggantikan lemak babi dengan daging ayam berserta sambal istimewa.

Beroperasi sejak 2008, Abang Jamal sentiasa dibantu oleh isterinya Ooi Hai Choo.

“Pak Cik (Jamal) memeluk Islam pada 2008. Sebelum itu, dia tak guna daging ayam. Sewaktu wabak encephalitis Jepun (JE) merebak, perniagaan kami begitu terkesan dan tiada sesiapa pun dapat membantu kami,” ujar Ooi.

“Ustaz bagi tahu kami sekiranya kami goreng Mi Hokkien menggunakan daging ayam, semua orang di Malaysia akan dapat menikmatinya! Dari situ, Pak Cik Jamal menggoreng Mi Hokkiennya menggunakan daging ayam.”

Isteri Pak Cik Jamal, Ooi Hai Choo.

 

Alamat: Ah Mang Mee (Abang Jamal Halal Hokkien Noodles), Gerai No.8, Pusat Penjaja Seksyen 1/12, Jalan Othman, PJ Old Town, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Waktu perniagaan: Rabu-Ahad, 5 petang -10 malam (Tutup pada Isnin dan Selasa)

Status: Halal (milik orang Islam)

—BebasNews

 

 

Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here