#MakeSomethingGoodHappen bersama Cadbury

Dengan lebih 12,000 ahli masyarakat Orang Asli pada masa ini mendiami perumahan yang tidak selamat, ia adalah penting semangat gotong–royong dijelmakan pada Ramadan baru-baru  ini.

#MakeSomethingGoodHappen bersama Cadbury

KUALA LUMPUR– Cadbury, jenama konfeksi paling laris di dunia di bawah Mondelēz International mengumumkan arah tuju tempatan baharu bertema Make Something Good Happen (Buat Sesuatu Yang Bagus) – mengenengahkan nilai-nilai kemanusiaan yang mengatasi segalanya untuk orang lain, optimis yang menggembirakan, yang mengejutkan orang lain dengan cara halus, orang ramai yang membentuk semangat “Buat Sesuatu Yang Bagus” dengan perlakuan murah hati kecil yang mendekatkan lagi semua orang antara satu dengan yang lain.

Ketika kita berada di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, Cadbury mahu melonjak ke hadapan dan menggerakkan nilai-nilai murah hati mereka terhadap komuniti. Musim perayaan ini mengajak rakyat Malaysia untuk bangkit dan meraikan kemurahan hati dan muhibah menerusi perkongsian makanan lazat, budaya dan masa berkualiti dengan orang tersayang.

Dengan semangat ini di minda, Cadbury berbangga untuk mengumumkan kolaborasi mereka dengan Epic Homes pada Ramadan ini, sebuah projek yang mereka harap membolehkan dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk turut sama menyumbang dan Buat Sesuatu Yang Bagus.

Epic Homes, merupakan inisiatif utama oleh Epic, singkatan bagi Extraordinary People Impacting Communities (Orang Luar Biasa Memberi Impak Kepada Komuniti) yang bermatlamat membina kepercayaan dan hubungan dengan masyarakat terpinggir menerusi usaha pembinaan rumah. Epic Homes tertumpu kepada usaha menyediakan rumah untuk rakyat Malaysia yang tidak bernasib baik – dan kini bekerja bergandingan dengan masyarakat Orang Asli.

Dengan lebih 12,000 ahli masyarakat Orang Asli pada masa ini mendiami perumahan yang tidak selamat, ia adalah penting semangat gotong–royong dijelmakan pada Ramadan baru-baru  ini. Cadbury Malaysia menyertai semangat murah hati ini dengan bergandingan tangan bersama EPIC Homes untuk membawa perubahan pada musim perayaan ini.

Sejumlah RM100,00 akan disumbang terus kepada usaha pengilang coklat ini untuk buat sesuatu yang bagus, berlaku bersama EPIC Homes dengan setiap batang coklat Cadbury yang dibeli semasa tempoh kempen yang berlangsung dari Mei hingga Jun tahun ini.

Cadbury Malaysia akan menumpukan usaha mereka ke arah pembinaan dua rumah stabil, suatu kolaborasi yang bukan sahaja antara jenama ini dengan EPIC Homes tetapi juga bakal penghuni kediaman tersebut.

“Cadbury telah berada di Malaysia untuk selama lebih 40 tahun dan sememangnya menjadi keutamaan kami untuk mengukuhkan kedudukan dan membina hubungan intrinsik dengan pelanggan kami. Dengan Cadbury Malaysia berterusan berusaha melangkah ke tahap lebih tinggi, kami berharap untuk menyokong masyarakat untuk sama-sama tumbuh dengan kami. Menerusi pembinaan rumah-rumah ini, kami mahu mentransformasi bukan sahaja kehidupan anggota masyarakat Orang Asli, tetapi juga sukarelawan kami sendiri dan pelanggan yang kami sayangi, untuk menyokong projek ini,’’ kata  Nisha Nair, Pengurus Jenama Cadbury Dairy Milk.

Sebagai entiti yang menerajui contoh kepimpinan, pasukan Cadbury Malaysia akan menggandakan usaha mereka bagi program Buat Sesuatu Yang Bagus dengan memperuntukkan masa mereka ke arah pembinaan rumah-rumah berkenaan. Di bawah panduan mahir pasukan Epic Homes, seramai 60 sukarelawan, terdiri daripada ahli keluarga Epic Homes, menyasar untuk menyiapkan kedua-dua rumah itu dalam tempoh 3 hari.

“Kami benar-benar berasa rendah diri dapat bekerja dengan jenama terkemuka seperti Cadbury Malaysia. Kami sangat gembira menyaksikan rumah-rumah dibina hasil kolaborasi kami dan gelombang impak dan inspirasi yang akan dibawa oleh projek ini,’’ kata John-Son Oei, Pengasas dan CEO Epic Collective.

Teroka bagaimana #MakeSomethingGoodHappen dengan Cadbury musim ini, dari halaman Facebook mereka di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai Epic Homes, sila lawat www.epichome.org . atau laman facebook mereka di https://www.facebook.com/epicarmy/

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.