Siapa sebenarnya kuasai Media Prima

0
8

PORTAL Utusan Malaysia hari ini memperincikan pemilik sebenar konglomerat Media Prima dan jumlah peratusan saham yang dimiliki oleh Umno.

Menurut laporan itu, susulan penjualan saham kepada tokoh perniagaan terkemuka, Syed Mokhtar Al-Bukhary yang menjadi pemegang saham terbesar dengan menguasai 19.5 peratus saham dianggarkan bernilai RM126 juta, Umno kini hanya memiliki baki 7.96 peratus saham.

Ini menerusi Altima Inc yang merupakan pemegang saham keempat terbesar di dalam konglomerat media tersebut.

Semalam, Umno dilapor menjual 11.09 peratus pegangannya dalam Media Prima Bhd menerusi Gabungan Kesturi Sdn Bhd kepada Syed Mokhtar.

Sejumlah 123.02 saham Umno tersebut dijual pada harga 60 sen sesaham dengan anggaran jualan bernilai RM73.81 juta, iaitu premium sebanyak 23.7 peratus, ketika ditutup pada 48.5 sen semalam.

Utusan yang memetik sumber industri melaporkan Syed Mokhtar yang sudah sedia memiliki kepentingan di dalam Utusan Melayu (M) Berhad dan The Malaysian Reserve dijangka melengkapkan pengambilalihan saham Umno di dalam Aurora Mulia Sdn Bhd tidak lama lagi.

Menurut portal itu, urus niaga Syed Mokhtar dengan Aurora Mulia kini dalam peringkat akhir pengambilalihan syer-syer yang belum dimilikinya.

Memetik sumber, Aurora dikatakan berhasrat mengambil alih sejumlah 211 juta saham kedua-dua syarikat tersebut yang mewakili 19.05 peratus saham di dalam Media Prima.

“Pengambilalihan ekuiti terbesar oleh Syed Mokhtar itu dijangka menyaksikan satu lagi rombakan berlaku di dalam Media Prima yang memiliki perniagaan akhbar, televisyen dan pengiklanan luar itu,’’ kata sumber itu.

Sebelum ini, Syed Mokhtar telah memiliki beberapa kepentingan di dalam media termasuk Kumpulan Utusan dengan kira-kira 19 peratus saham manakala 31.6 peratus lagi saham dimiliki Abd Aziz Sheikh Fadzir (foto, kiri -bawah).

Menurut Utusan, Gabungan Kesturi dan Altima Inc difahamkan adalah syarikat pelaburan milik Umno walaupun mengikut laporan tahunan Media Prima, Gabungan Kesturi dimiliki sepenuhnya oleh Amanah Raya Bhd, yang dimiliki 100 peratus oleh kementerian kewangan.

Sebelum ini, Umno memegang 7.96 peratus kepentingan di dalam Media Prima menerusi Altima Inc manakala Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) merupakan pemegang saham terbesar dengan 11.92 peratus.

Menurut laporan itu lagi, pemegang saham utama Media Prima adalah firma perbankan Jepun, Mitsubishi UFJ Financial Group yang menguasai 12.84 peratus ekuiti atau 42.29 juta saham.

Turut tersenarai sebagai pemegang saham utama di dalam Media Prima ialah firma pengurusan pelaburan berpangkalan di London, Edgbaston Investment Partners LLP iaitu sebanyak 5.38 peratus saham.

http://bit.do/eXQb8
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here