Golf Amatur wanita: Enam negara sah penyertaan

Kejohanan Golf Amatur Wanita Royal Selangor Golf Club (RSGC) 2 hingga 4 Ogos ini

Golf Amatur wanita: Enam negara sah penyertaan
YASMIN Yusuff (dua dari kiri) bersama ahli jawatankuasa pertandingan menunjukkan empat trofi yang bakal dipertandingkan dalam Kejohanan Golf Amatur Wanita Royal Selangor Golf Club (RSGC) 2 hingga 4 Ogos ini./Foto Amran Mulup

 

Oleh AMRAN MULUP

 

KUALA LUMPUR —  Kejohanan Golf Amatur Wanita Royal Selangor Golf Club (RSGC) 2 hingga 4 Ogos ini berjaya menambat beberapa pemain daripada enam buah negara buat pertama kalinya menghantar penyertaan.

Pemain-pemain yang telah mengesahkan penyertaan ialah dari  Jepun, Filipina, Vietnam, Hong Kong, Taiwan dan Australia buat melengkapkan 80 pemain bersaing kali ini.

Ini bakal menjadikan kejohanan ini lebih kompetitif dan menarik terutama bagi pemain amatur wanita negara bersaing dengan pemain terbaik dari rantau ini.

Pengerusi penganjur kejohanan, Datuk Yasmin Yusuff berkata,  kejohanan kali ini mempertandingkan sebanyak empat trofi kejuaraan  iaitu Piala Tuanku Bahiyah (juara gross), Piala Toh Puan Norashikin (juara nett), Piala Datin Azian (juara berpasukan gross) dan Piala Clarissa Lee (juara berpasukan nett).

Menurutnya, selain itu sebuah kereta mewah Mercedes Benz A200 ditawarkan untuk pukulan hole-in-one serta sebentuk cincin berlian mutiara South Sea La Putri bernilai RM16,000 dan jam mewah jenama Titoni.

“Pada edisi kali ini, kita berjaya menarik penyertaan beberapa pemain golf paling berbakat dengan kebanyakannya diiktiraf oleh World Amatur Golf Ranking (WAGR) iaitu ranking menyenaraikan pemain wanita terulung seluruh dunia.

“Penyandang juara bagi kategori individu gross, Geraldine Wong yang mewakili Kelab Golf Bukit Jalil turut akan bersaing,” katanya pada sidang media di RSGC, di sini, semalam (4 Julai)

Hadir sama Kapten RSGC, Datuk Chang See Tum; Pengarah Kejohanan, Dr Chew Seng Poh dan Pemangku Pengurus Besar RSGC, Jack Cheong.

Kejohanan selama tiga hari ini mendapat penajaan daripada

Kejohanan Terbuka Amatur Wanita RSGC adalah antara empat pertandingan golf wanita utama di Malaysia ketika ini yang mendapat pengiktirafan WAGR apabila disenaraikan dalam kategori D dan terulung di negara ini anjuran sebuah kelab golf.

Antara pemain terkenal wanita yang pernah menjuarai kejohanan ini sebelumnya adalah Lim Ai Lian (1991,1997,1998) dan Lim Siew Ai (1996).

Maklumat lanjut mengenai kejohanan boleh diperoleh dengan melayari http://lao.thersgc.com/.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.