Bunuh, perkosa kanak-kanak akibat gemar tonton filem lucah di Internet

0
411
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

DISEBABKAN terlalu gemar menonton filem lucah di Internet, seorang pemuda memiliki keinginan seks yang pelik dan jelik sehingga sanggup memperkosa mayat kanak-kanak berusia 8 tahun.

Pada masa sama, dia menyimpan dua guni seluar dalam wanita.

Pemuda yang bekerja sebagai penjual bubur ayam dikenali sebagai Haryanto, 23, melarikan diri selepas kejadian itu tetapi kembali pulang ke kampungnya di Magelang, Jawa Timur kerana dihantui perasaan bersalah.

Haryanto menyerah diri di ibu pejabat polis di kampungnya sebelum dibawa ke ibu pejabat polis Bogor, Jawa Barat.

Dalam keterangannya kepada polis Bogor, Haryanto menyatakan keinginan seks luar biasa termasuk melakukannya dengan kanak-kanak timbul kerana gemar menonton filem lucah.

Keinginan seks luarbiasa itu menyebabkan Haryanto sanggup membunuh FA, 8, seorang kanak-kanak itu yang tinggal bersama-sama datuknya dikenali sebagai Didin di tingkat atas sebuah rumah manakala Haryanto pula menyewa bilik di tingkat bawah.

FA tinggal di rumah Didin kerana ibunya, Rahmawati bekerja sebagai pembantu rumah di Taiwan, sementara ayahnya pula sudah meninggal dunia.

Pada hari kejadian Haryanto menonton filem lucah terlebih dahulu sebelum mengumpan FA untuk datang ke biliknya dengan membelikan nasi berlauk.

Setelah gagal memujuk FA untuk melakukan hubungan intim, pemuda itu melemaskannya dalam bekas air sebelum memperkosa mayat FA dan membungkusnya menggunakan kain serta menutup dengan baldi.

Mayat FA ditemukan Didin dalam bilik sewa Haryanto setelah menghidu bau busuk.

Ketika dalam soal siasat Bogor, Haryanto juga mengaku mengumpul seluar dalam wanita yang dicuri dari penyidai kain rumah penduduk sejak setahun lalu.

Haryanto boleh didakwa di bawah akta perlindungan kanak-kanak yang boleh membawa hukuman mati.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here