Perancis negara ke-55 larang ibu bapa tampar anak

0
34

PARLIMEN Perancis kelmarin meluluskan pengharaman simbolik terhadap ibu bapa yang tampar anak mereka sendiri, lapor stesen penyiaran Channel NewsAsia Singapura.

Amalan disiplin tegas itu yang meskipun dikecam oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), namun masih lagi menerima sokongan meluas dalam negara Eropah tersebut.

Pengharaman itu dikemukakan untuk sesi pengundian terakhir dalam Dewan Senat, dan ini menjadikan Perancis sebagai negara ke-55 larang hukuman fizikal kanak-kanak.

Setelah diwartakan sebagai undang-undang kebangsaan baharu yang digubal dalam Kanun Sivil, ia wajib dibacakan kepada pasangan apabila mereka berkahwin.

Pasangan yang baharu berumahtangga akan diberitahu oleh pendaftar perkahwinan bahawa ‘kuasa ibu bapa diamalkan tanpa ada keganasan fizikal atau psikologi.’

Langkah itu, yang diluluskan ahli Parlimen Dewan Rendah pada November tahun lalu, diluluskan Senat meskipun beberapa penggubal undang-undang haluan kanan menentang.

Mereka lihat pengharaman itu sebagai ‘campur tangan’ dalam kehidupan keluarga. Keganasan terhadap kanak-kanak telah pun diharamkan di bawah kanun jenayah Perancis.

Namun satu tambahan digubal pada abad ke-19 kepada definisi kuasa ibu bapa dalam Kanun Sivil yang beri kelonggaran kepada ibu bapa apabila ‘mendisiplinkan’ anak mereka.

Menurut Yayasan Kanak-Kanak Perancis, dianggarkan 85 peratus daripada ibu bapa di negara tersebut mengaku pernah menampar anak mereka sebagai bentuk hukuman.

-BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here