Menabung 28 tahun untuk tunaikan ibadah haji

0
22
TRI Darin menabung 28 tahun untuk menunaikan haji.
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

AMALAN menabung yang dilakukan sejak 28 tahun lalu membolehkan penjaja keropok, Tri Darin, 53, mencapai impiannya untuk mengerjakan ibadah haji.

Menjadi rutinnya untuk menabung sekurang-kurangnya Rp5 ribu (RM1.50) setiap hari atau paling banyak Rp10 ribu (RM3.00) dari hasil jualannya.

Tri Darin tinggal di desa Srabet, Klaten, Jawa Timur dan setiap hari dia menaiki basikal menjaja keropok dari jam 5.30 pagi hingga 9.30 malam.

Dia mula mendaftar sebagai calon haji pada tahun 2011 ketika simpanannya mencapai Rp25 juta (RM7,500) dan layak untuk mengerjakan rukun Islam kelima apabila simpanannya mencapai minimum Rp36 juta (RM10,800) pada tahun ini.

Tri Darin akan berangkat ke Tanah Suci pada Selasa ini (9 Julai) dengan penerbangan ke-10 dari Jogjakarta.

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here