Sukinah jemaah haji tertua Indonesia

0
524
SUKINAH diberikan pengawasan rapi oleh petugas haji Indonesia kerana faktor usia dan sukar bergerak.

 

Oleh  FAUZAN UDA AHMAD

 

SUKINAH Djokarto, 93,  merupakan jemaah haji Indonesia yang paling tua. Dia diberi penghormatan menjadi salah seorang  peserta bagi kumpulan pertama yang berlepas  ke Madinah Sabtu lalu (6 Julai).

Rombongan kumpulan pertama disambut oleh Duta Besar Indonesia ke Arab Saudi, Agus Mabtuh Abegebriel.

Sukinah yang ditemani oleh anaknya Sunati, didaftarkan haji  pada tahun 2003 dan dijangkakan ke Tanah Suci  pada tahun 2020.

Bagaimanapun Sukinah berjaya mendapat tempat lebih awal tahun ini apabila Indonesia mendapat tambahan kuota sebanyak 10,000.

Sukinah yang tinggal di Magetan, Jawa Timur ini hidup serba sederhana apabila perniagaan diwarisi dari suami menjadi muflis. Dia mempunyai 5 anak, 2 cucu dan 28 piut.

Disebabkan faktor usia dan sukar berjalan Sukinah diberi kerusi bergerak dan diberi pengawasan rapi oleh petugas haji.

Sukinah berharap dapat mengerjakan haji dengan sempurna dalam keadaan sihat dan selamat kembali ke tanah air.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here