Aceh benarkan poligami mulai September

1
1
Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

ACEH menjadi wilayah (negeri) pertama Indonesia yang bakal menghalalkan poligami.

Akhbar Serambi Indonesia Sabtu (6 Julai) lalu menyiarkan pengesahan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Komisi VII DPR Aceh, Musannif.

Menurutnya, Dewan Permesyuaratan  Rakyat Aceh (DPRA) sedang melakukan konsultasi tentang draf poligami itu dengan Kementerian Agama dan Kementerian Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak.

Katanya, perlaksanaan peraturan dijangka dikuatkuasakan September nanti.

Peraturan itu membenarkan seorang lelaki Islam berkahwin sehingga empat sesuai dengan tuntutan agama. Mas kahwin juga ditetapkan dalam jumlah sederhana dan boleh dibayar secara ansuran jika dipersetujui bersama.

Mas kahwin perlu diserah secara tunai, tidak boleh melalui cek atau emas.

Mas kahwin di Aceh berbeza-beza bagi setiap kawasan. Mas kahwin biasanya dibayar dalam bentuk emas tulen dengan hitungan mayam. Untuk satu mayam setara dengan 3.33 gram.

Tindakan membenarkan perkahwinan poligami  ini bertujuan mengelak umat Islam melakukan perkahwinan yang tidak didaftar ke pejabat agama.

Perkahwinan berkenaan yang menjadi-jadi di Indonesia mendatangkan masalah kepada pihak isteri dan anak-anak apabila berlaku penceraian.

Dengan peraturan baharu  itu, Aceh juga dijangka dikunjungi oleh pasangan luar wilayah itu untuk berkahwin.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here