Jika ditangkap merokok, didenda wakafkan al-Quran

0
40
PEGAWAI Daerah (Bupati) Purwakarta, Anne Ratna Mustika.

 

Oleh FAUZAN UDA AHMAD

 

MAJLIS daerah Purwakarta, Jawa Barat telah mewajibkan pekerja pejabat yang ditangkap kerana merokok perlu membayar denda dengan mewakafkan 10 naskah al-quran.

Menurut Pegawai Daerah (Bupati) Purwakarta, Anne Ratna Mustika, setakat ini, tiga kakitangan sudah dikenakan hukuman sedemikian.

Walaupun larangan merokok ketika bertugas sudah lama dikuatkuasakan, tetapi masih terdapat sejumlah petugas yang mengabaikannya sehingga  peraturan itu.

PEGAWAI Daerah (Bupati) Purwakarta, Anne Ratna Mustika

Tambah Anne, kakitangan yang mengulangi kesalahan itu akan dikenakan  tindakan lebih tegas seperti pemotongan gaji dan penggantungan kerja.

Majlis daerah juga menubuhkan pasukan khas bagi melakukan lawatan mengejut ke pejabat-pejabat atau bertindak setelah menerima maklumat orang ramai.

Naskah al-quran yang diwakaf itu diberi ke masjid, surau atau sekolah agama yang memerlukan.

—BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here