Kerajaan terima empat tawaran ambil alih MAS

Kerajaan terima empat tawaran ambil alih MAS
PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) semasa sesi dialog bersama Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif pada Persidangan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) hari ini. Turut hadir Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran. –fotoBERNAMA

 

 

PUTRAJAYA – Selain tawaran bekas Pengerusi AirAsia Bhd., Datuk Pahamin Ab Rajab untuk mengambil alih Malaysia Airlines Bhd. (MAS), terdapat tiga lagi pihak yang membuat cadangan sama terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kesemua cadangan itu harus diteliti bagi memastikan sejarah lama MAS tidak berulang .

“Sekarang ada empat tawaran. Kita kena kaji dengan cermat pasal kita sudah tukar banyak kali. Tidak juga berjaya. Kita kena cari seseorang yang berpengalaman,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri sesi dialog Perdana Menteri bersama Ketua-ketua Eksekutif Industri sempena Persidangan TVET, hari ini.

Jumaat lalu, Pahamin dan lima lagi rakan kongsinya dilaporkan berminat untuk mengambil alih MAS.

Malah, beliau turut memberi jaminan tidak akan memberhentikan pekerja syarikat penerbangan itu sekiranya cadangan mereka memulihkan syarikat penerbangan itu diterima kerajaan.

Difahamkan, Pahamin menawarkan untuk membeli 49 peratus kepentingan MAS dan 51 peratus kepentingan yang dipegang oleh Khazanah Nasional menerusi syarikat mereka, Najah Air Sdn. Bhd.

Sebelum ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang mengkaji sama ada mahu menutup, menjual atau membiayai semula MAS yang berdepan masalah kewangan.

-MalaysiaGazette
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published.