Kononnya rakyat tak payah bayar tol?

0
4
Oleh AMREE AHMAD

 

ALKISAH semalam di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng jadi tumpuan media kerana umum langkah pengambilalihan empat lebuh raya bertol di sekitar Lembah Klang.

Ketika menjawab soalan wakil BN Air Hitam, Datuk Wee Ka Siong, Setiausaha Agung DAP itu dengan yakin jawab konon rakyat tidak perlu bayar tol selepas kerajaan membeli konsesi tersebut.

Malah, Guan Eng mendakwa, langkah aneh itu yang melibatkan jumlah keseluruhan RM2 bilion, bakal menjimatkan beban rakyat sebanyak RM180 juta kerana mereka tidak payah lagi bayar tol.

Berita ini kemudian diperbesar-besarkan media arus perdana pro-Pakatan Harapan (PH) dan netizen yang diketahui menyokong blok politik itu kononnya bukti kerajaan hari ini prihatin bela nasib rakyat.

Namun jika kenyataan Guan Eng tersebut diperhalusi sebenarnya, ia agak lucu dan boleh dipertikaikan kerana ‘ayat’ selepas itu jelas membuktikan tol masih dikutip lagi biarpun konsesinya dibeli kerajaan.

Malah, angka penjimatan yang didakwa oleh beliau juga diragui kesahihannya kerana sebelum ini, Guan Eng pernah mengaku tersilap titik perpuluhan dan terkhilaf angka akibat silap rujukan data.

Ini dapat dilihat apabila Guan Eng dilapor berkata di Parlimen bahawa sebaik tempoh konsesi tamat, caj kesesakan (nama baharu dijenamakan semula untuk istilah kutipan tol) dilaksanakan.

Maknanya, plaza tol di lebuh raya terbabit akan tetap berdiri ‘megah’ seperti mana biasa dan tol, atau lepas ini dipanggil caj kesesakan; masih dikenakan kepada jutaan pengguna di laluan tersebut.

Situasi ini jauh beza ketika zaman Barisan Nasional (BN) yang merobohkan plaza tol berkenaan sejurus konsesi tamat atau diambil alih pihak kerajaan menerusi bayaran pampasan tertentu.

Lucunya, Guan Eng tidak sebut perkara ini, bahkan beliau hanya kata ada diskaun tol (dibaca: caj kesesakan) 30 peratus di luar waktu puncak dan percuma dari jam 11 malam hingga 5 pagi.

Ini bererti, rakyat tetap bayar tol (sekali lagi diingatkan untuk sebut istilah caj kesesakan) pada waktu puncak kononnya sebagai tujuan kos penyelengaraan dan baik pulih empat lebuh raya tersebut.

Maka, di manakah ayat Guan Eng konon kerajaan PH mahu meringankan beban rakyat kerana jika disemak balik, ini bermaksud pengguna akan tetap bayar tol dan buat selama-lamanya!

Apakah Guan Eng sengaja cuba perbodohkan rakyat dengan guna istilah yang mengelirukan tetapi pada masa sama ‘berlakon’ konon kerajaan hari ini prihatin terhadap isu tol lebuh raya? –

–BebasNews
Please follow and like us:
error

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here